Sunday, October 6, 2013

Menyimpan janggut

Isu Semasa - persoalan yang diambik bulat2 (tidak ada ubah walau sedikit faktanya) dari buku ANDA BERTANYA USTAZ AZHAR IDRUS MENJAWAB BERKENAAN PERMASALAHAN SEMASA ...soalan ini berada di muka surat 163-164 dengan niat ingin berkongsi ilmu sesama kita.

Soalan

Saya ada menyimpan janggut. Saya bekerja di tengah panas dan kawan sekerja mendakwa muka saya nampak serabut. Apabila saya cukur janggut orang kata kemas sikit. Saya tahu hukum menyimpan janggut adalah sunnah Rasulullah, tetapi saya bimbang apabila saya simpan janggut, orang kata saya merosakkan sunnah.

Jawapan

Menyimpan janggut adalah sunnah Rasulullah yang diberi pahala sesiapa yang mengikutnya. sebahagian sarjana Islam berpendapat sunat menjaga janggut dengan rapi, diminyakkan dan dipotong supaya menjadi kemas dan kelihatan segak pada mata orang.

Ada sebahagian sarjana Islam lagi berpendapat sunat memotong janggut yang lebih daripada segenggam kerana mengikut amalan beberapa orang sahabat

5 comments:

Bitt (double IS) said...

good sharing:)

Kakzakie said...

Selain sunnah, janggut juga penyeri wajah lelaki. Bukan semua ada tau.. rugi kalau dah dikurniakan tapi dibuang macam tu aje...

Myra Jay said...

Mungkin klau simpan janggut tapi dijaga kemas itu lebih baik dari pandangan orang lain (tak nampak serabut)

Kesuma Angsana said...

tq berkongsi info yer

wantie said...

kita suka nau ngan janggut my hubby yang ciput tu. hahhahaha