Wednesday, October 23, 2013

Open house Aldiladha

Sabtu yang lepas, saya dapat undangan open house Aidiladha, ha payah nak dengar kan. biasanya orang hanya buat open house Aidiladha ni masa hari raya tu sendiri tapi since raya jatuh tarikhnya di tengah minggu, agak payah nak buat makan2 untuk ahli keluarga dan kawan2. makanya tuan rumah memilih hujung minggu yang lepas untuk buat semua ni. walaupun dah habis raya qurban tapi apa salahnya kalau nak menjamu orang makan kan, rezeki qurban di kongsi bersama...kata tuan rumah. alamdulillah...
Selepas ambik my laki dari officenya terus drive ke Bandar Baru Nilai. sebab dah biasa datang rumah my friend ni, sap2 soi la kan nak ke sana. hidangan memang banyak, siap ada kambing golek lagi...mujur sempat merasa sebelum habis.
Mamat ni memang tak berapa nak sihat waktu ni, badan bagai nak demam katanya. tu yang berbaju sejuk bagai tu, berpeluhnya tidak jugak. tapi sekarang dah kebah dah pun demamnya. 
Bersama dengan tuan rumah, rumah sangat santik kak oiiii, i loke. ada rezeki nanti kita datang lagi...amin amin amin. dekat rumah ni jugak dapat bertemu semula kawan2 office lama saya dulu, sangat seronok bergebang sama2 bagai bertahun tak jumpa. mujur je timing kawan2 sampai sama pulak dengan kami, dari petang membawak ke malam la gamaknya bercerita gelak sakan. masuk waktu solat, hok laki pegi surau dan hok puan solat dekat rumah je. lepas tu pulak boleh sambung gebang lagi, sebab tuan rumah hidang teh tarik sedap...ohaiiiiiiiii indahnya bila bersama teman2.
Terima kasih kak dengan undangan open house rumah mu. semoga ukhwah kita berkekalan selamanya...

7 comments:

Rai Ourkizuna said...

comel je akak..

kami takde jemputan open house pun raya haji ni..hehehehe..

Lia Ilnia said...

Sonoklah chit chat chit chat dengan kawan. Sy pun tak ada undangan open house. Jarang ada open house AidilAdha ni.

Lia Ilnia said...

Sonoklah chit chat chit chat dengan kawan. Sy pun tak ada undangan open house. Jarang ada open house AidilAdha ni.

Cho Zila said...

hari raya hajipun der open housekan.. hidanganpun menarik hati... rumahpun cantik... memang bestler..

Mimy Hamid said...

bestnya ada kambing...takde pulak org jemput open house aidiladha

Amanda Suria said...

mana gambar kambing golek....alahai...best kan semua pun ada open house..

wantie said...

uits.. bestnya Raya Qurban pun ada openhouse.