Wednesday, October 9, 2013

Penghabis

Lama jugak nak habiskan kisah 1 syawal ni. bila tengok balik entry yang lepas2, dah jadi berkisah2 pulak.
 
Hari raya pertama, 1 syawal masih bersiaran di Pasir Besar. dari siang bawak ke malam di kunjung tanpa henti. bila dah malam, budget takde lagi orang nak datang beraya di rumah, kami sekeluarga pulak pegi beraya.

Plan asal nak beraya di rumah pakcik dekat Palong tapi dia takde, balik kg bini gamaknya dekat Pattani. rumah pakcik saya ni syok kalau beraya, ada hidang sate. bila dah takde rumah, kami beraya rumah saudara mara sekitar ni saja. baju raya saya tu dah berapa kali tukar pakai, sampai ke malam bertahan. yang lain dah sarung baju lain da...
 
Dah tamat kisah raya 1 syawal. ke 2 ke 3 memang tak menyusul dah kot. tutup je citer raya, dah nak masuk raya qurban pulak...

1 comment:

Masya said...

Hahaha iyerlah dah nak raya qurban, cerita raya buat kenangan