Friday, October 25, 2013

Salam Jumaat uolsss

Salam Jumaat uolsss, semoga hari ini menberi makna yang cukup indah untuk uolsss semua.

Sekarang ni hati saya gumbira bunga2 cinta sesangat, dah ada partner pegi balik keja hari2. ..memang payah nak jumpa peluang macam ni. kalau sebelum ni jangan nak mimpi kan tapi sekarang tidak lagi. my laki ada keja sikit di area Menara Rebung, so seiring sejalan la kami walaupun mamat ni kena naik LRT separuh jalan dari Central Market ke Kerinchi. kereta masih park dekat office saya la, season pass kot dari nak parking berbayar yang lebih mahal dari tambang LRT tu sendiri kan. seronok la sebulan dua ni, lepas tu pepandai la pegi keja sorang2 balik.
   
Sampai office, dah ada bekalan atas meja. wah karipap panas rentung namanya tapi seyes, panas2 suam lebih dari kuku lagi. homemade punya karipap, mai datang dari Penang. terima kasih mamu, cek nak lagi nanti tau.

Ni dapat semalam, kawan yang lain pulak bagi. dia pegi holiday dekat Krabi nun masa minggu raya haji lepas. dah tak cuti masa raya puasa, bantainya cuti sakan masa raya haji. masa sebelum pegi holiday muka kelat ketat sentap, la ni bila balik dari holiday muka dia ada banyak sinar pelangi. bagus kan, holiday is the best medicine for stress...setuju tak?

Wah live telecast ambo pagi nih...biar benar!!! 

4 comments:

Kakzakie said...

1. Barulah kakak tahu kenapa senyum mania bebenar. Dah ada teman pergi kerja:)

2. Karipap inti apa tu Ann.. FOC sedaplah

3. Betul cuti terapi baik utk minda

Mimy Hamid said...

wahh dah gi keje sesama...ai gi keje sama last minggu ni...minggu depan gi keje sendiri ..kete dah ok huhuh..tak best

umi alya said...

lagi2 jika bercuti masa kocek penuh berisi, uiiiii terasa dunia ana yg punya, bak kata arwah P.Ramlee

Nora Karim said...

travel mmg terapi terbaik... bestnya dpt opismate yg selalu ingat kat kitakan? heheh