Monday, October 7, 2013

Still hari raya - bagi mood raya yang akan datang

Nak raya haji dah kan...meh saya up kan mood uolsss semua dengan suasana hari raya pertama saya masa syawal yang lepas.

Pusara ibu ku, Hjh Jaharah telah disemadikan di sini sejak 26 tahun yang lalu. punyalah efficient penjaga kubur di sini sampaikan bunga atas kubur tu pun diracunnya. kami tak cabut coz still nampak batangnya masih hijau dan ada harapan untuk terus hidup lagi. inilah pusara yang kami sekeluarga akan ziarah setiap tahun dan ini sajalah batu tanda ibu dan bapa kami. pusara ayah memang takde tapi doa sentiasa mengiringi bersama2.

Lepas ke kubur, kami terus beraya di rumah my makcik...adik kepada arwah ayah.
  
Raya makan lagi, raya makan lagi...dah tak boleh dipisahkan. takkan datang raya rumah orang tapi tak nak makan, baik tak payah datang beraya pun kan. menu tak payah cerita la, standard menu hari raya pertama...takde beza pun setiap rumah, rasa je yang lain2.

Masih mengikuti atur cara turun temurun dari our parent. setiap kali raya, rumah inilah yang pertama sekali kami sekeluarga akan ziarah. 

3 comments:

asyifa mustaffa said...

Alfatihah...
Mencari mood raya ke...?

inazamri said...

alfatihah buat arwah ibu.selamat menyambut raya aidiladha

azieazah said...

Semoga mereka ditempatkan bersama orang-orang yang beriman...

Btw, boleh tanya? Kenapa pusara ayah takda? Meninggal di tempat lain?