Tuesday, October 8, 2013

Tiramisu Strawberi

Doh semangat semula internet kawe selepas beberapa hari kawe pening2 lalat takdo internet kek umoh. lamo doh tak buat hal, sekali dia buat...kawe pitam.

Meh la kawe tayang2 balik teaser kawe kemarin. ramai kabo pavlova tapi bukan itu jawapannya. hok ni namonya Tiramisu Strawberi. hok pavlova tu ado gak tapi tunggu turn la ye nak kabo.

Betulkan channel semula. 

Okay nampak meriah je kan desert dengan strawberi. pada yang tak berapa nak suka dengan strawberi, boleh tukar dengan buah2an lain ikut kegemaran masing ye. durian pun boleh weh kalau mampu :)

Kita terus ke resepi ye, kot2 boleh cuba masa hari raya yang bakal tiba ni...hidang untuk tetamu yang datang, pasti teruja
 
Bahan2 sirap
1. 150g strawberry filling
2. 80ml air suam
3. 1 sudu kecil gelatin (pastikan yang halal ye)
4. Sedikit parutan kulit limau

Bahan2
1. 250g cream cheese
2. 125g whipped cream
3. 125g whipping cream
4. 50g gula icing
5. 1 peket biskut tiramisu
6. Strawberi

Cara2

1. Untuk menyediakan sirap, campur ke semua bahan dan kacau sebati. panaskan supaya gelatin larut.

2. Pukul cream cheese sehingga gebu dan masukkan gula icing dan pukul lagi sehingga kembang.

3. Dalam mangkuk yang lain, campurkan whipped dan whipping cream dan pukul sehingga sebati dan pekat. kemudian campurkan cream ke dalam adunan cream cheese tadi dan kacau menggunakan spetular. 

4. Masa untuk melapis. letakkan sedikit sirap yang dah disediakan awal tadi dalam bekas yang cantik, kalau boleh yang lut sinar gitu...baru molek rupanya. kemudian susun lapisan atas sirap dengan biskut tiramisu. selepas itu letakkan cream cheese ke atas biskut. ulang lapis melapis ni sehingga penuh. 

5. Bila dah habis, susun dan hiaskan dengan buah strawberi yang merah ranum tuh. selepas tu simpan dalam ice gobok bagi sejuk. lepas tu barulah nikmat lalu di tekak.
 
selamat mencuba v(^0^)

2 comments:

Masya said...

Wahhhhhhhhhh..... Mesti sedapp masam manis

Jane said...

perghhh meleleh air liuqqq