Sunday, October 13, 2013

Tuntutan kerja lebih masa (overtime)

Isu Semasa - persoalan yang diambik bulat2 (tidak ada ubah walau sedikit faktanya) dari buku ANDA BERTANYA USTAZ AZHAR IDRUS MENJAWAB BERKENAAN PERMASALAHAN SEMASA ...soalan ini berada di muka surat 168-169 dengan niat ingin berkongsi ilmu sesama kita.

Soalan

Sekiranya kerja yang dilakukan siap pada tengah hari, tetapi menuntut lebih masa hingga ke malam. Cara tuntutan lebih masa ini adalah mengikut jumlah kerja bagi satu masa yang ditetapkan oleh pihak majikan. Adakah ianya dikira menipu dan apakah hukumnya?

Jawapan

Sekiranya pihak majikan menetapkan mesti menuntut masa yang lebih itu, maka hukuman adalah harus kerana perkara yang ditetapkan oleh majikan bukan tanggungjawab pekerja.

Sekiranya lebih masa yang dituntut oleh pekerja itu tidak diizinkan oleh majikan, maka hukumnya haram.

1 comment:

Yumida Huda said...

ooo nice sharing
hb yumida pun ade kalanya buat ot nk buat claim tuntutan