Wednesday, November 13, 2013

Aktiviti makan2 ahli keluarga - desert

Bersambung kisah hujung minggu lepas tapi kali ni nak up desert je yang sempat saya sediakan untuk makan beramai2 bersama keluarga. hadap je ek, dah jadi kisah bersambung2 tah bila nak habis pulak.

Sangat2 jarang saya nak sediakan makanan2 utama dari rumah coz dah sifu2 semua ada kan, biar diorang je yang masak. tambah best kalau semua yang gegirls2 masak bersama, memang riuh dapur mengalahkan kenduri kendara. 

Kepada uolsss yang dah selalu follow entry dalam ni mesti tau dah...saya kalau bab makan2 bersama keluarga macam mana gerangannya kan. tinggal mampu dengan tak mampu je lagi nak bagi perabih semua. ramai anak2 yang sedang membesar dan sedia ada besar, daya makan masing2 pun boleh tahan semangatnya. yang kaum mak2 pun tambah semangat la nak masak macam2 nak bagi orang ramai makan. that's my big family culture. 

Tada...my caramel baru keluar talam selepas semalaman duduk dalam ice gobok. makan time pepanas + lepas makan tengah hari. 

Lawan pulak dengan fruit koktel, memang menjadi pujaan hati nangoi2 yang kecik2 tu la. bercawan2 di minumnya.

alhamdulillah...masih terkawal quality nya walaupun dah lama sangat tak buat

Tiada masa lain yang lebih seronok selain bersama keluarga sendiri kan. eh saya bakal tambah anak buah lagi tapi bukan dalam keluarga saya la tapi keluarga mertua saya, my adik ipar mengandung lagi....sukanya. 

Ada la yang nak tanya tu, kami bila lagi kan....

Kami ni tak puas lagi honeymoon + anak bukan boleh petik2 terus dapat + masih menunggu tiupan dariNYA yang memberi nyawa + jangan pernah berhenti berdoa untuk itu. walaupun ada kekurangan di sini tapi masih ada kelebihan di sana, itu semua urusan ALLAH, kita hanya merancang dan berusaha. kita pun tak tau bila kita akan mati kan, samalah prosesnya tu.

8 comments:

Kathy Tuah said...

lama dah buat puding karamel.. tengok gambar ni terus teringin ;D

asyifa mustaffa said...

Sedapnya puding!

ZazaMyMoon said...

mula2 dulu tak suka mkn puding tu.. bila sekali rasa haritu terus jatuh cinta dpt plak makan yg sejuk baru lepas keluar fridge.. sedap gilosss :))

LYAfrina said...

bestnyer makan-makan..

xpela dear.. rezeki tu semua dari Allah Swt. teruskan bersabar ye.. cepat atau lambat, hanya dia y tahu mana y terbaik utk kita..

Mimy Hamid said...

betul kak semua nya rezeki...rezeki semua Allah bagi sama rata..daku nak nno.2 ni pun tak dapat dapat ...tapi ku paham ini semua dari Allah maha pemberi

Nora Karim said...

sedapnya puding karamel tu... yum yum...

Kesuma Angsana said...

lam tak berkaramel ni.. sebab anak2 pulak krg minat !

anis abdullah said...

Allah lebih tahu bila masa yang sesuai untuk kita dapat anak. Honeymoon je wakkk...