Friday, November 22, 2013

Bertandang

Bila bertandang ke rumah saudara mara, tak sah kalau tak pergi bersama ahli keluarga yang lain...barulah meriah dan tak la berapa nak segan sangat. aktiviti minggu lepas kami sekeluarga, bertandang ke rumah makcik di Bandar Tun Razak.
 

Penampilan pulak kenalah sopan, saudara mara sendiri kenalah tau ragam diorang ni kan. ada yang cerewet, ada yang jenis memerhati, ada yang jenis sempoi alam bak kata orang, tapi adat bertandang...takkan selebet je nak pegi rumah orang. baru nak keluar rumah selepas semua orang lain dah sampai di rumah makcik.
 
Bila dah bertandang, takde acara lain dari berborak makan, makan berborak dari tengah hari sampai ke petang. edisi makan haruslah lunch, tea break semua lengkap. tentu2 sajalah dah bagi tahu tuan rumah yang kita ni nak datang bertandang, tak boleh main serbu kromo je...ada yang jumpa rumah kosong je nanti. sementara nak menanti makanan untuk lunch di hidang, hidang dulu teh panas walaupun tengah panas ni...keluarga ramai, aircond pun tak rasa dah.
 
Yang muda remaja biasanya waktu macam ni mula la mencari port lepak memasing. zaman IT serba canggih ni, alhamdulillah semua rumah mesti ada WiFi...sesuatu yang penting ada setiap rumah kan. apa lagi boleh berwhasapp, berFB, macam2 lagi la. lepas makan dah katanya, kenyang perut rasa mata pun dah nak berat je. banyak makanan tengah hari di hidang, tak dan nak ambik gambo pun. makcik saya seorang katerer dan tokey kek dan cookies.
 
Bila sampai waktu tea break, kita makan lagi. kali ni hidang kek dengan cookies. letak dalam balang kuih raya lagi. senang kata makcik, tak masuk angin nanti...tak kan nak hidang dalam botol tutup merah tu pulak katanya. air sejuk tetap ada sama teh panas, saya gogok yang sejuk je la. 
 
My sista masih ada lagi masa ni, the next day baru dia balik Setiawan. sekarang member dah jadi orang Setiawan hanya kerana anak daranya dah kena duduk luar dari UNIMAS... terlebih protect anak dia ni, anak tu okay je kalau kena duduk luar kampus pun.

No comments: