Friday, November 8, 2013

Bola dan McD

Bersambung semula kisah gateway @ Port Dickson.

Selepas habis dinner, kami dok pusing2 ukur jalan sementara menanti masa nak tengok perlawanan bola pulak. kebetulan ada live bola malam tu, my laki tak boleh tak tengok. pusing2 cari barang dulu, entah macam mana boleh tertinggal pulak segala benda and then terus menuju tempat yang nak di tuju.

Masa ni dah almost midnight, mata mamat ni segar bugar lagi. tak dikisahnya kalau saya buat muka paling lawa sekali pun, takdenya nak dipandang. keadaan dalam ni memang penuh, dah menjadi port orang2 lepak tengok bola gamaknya coz ada dua tv besar luar dan dalam.

Inilah port tengok bola kami bila ada dekat PD, McD yang Waterfront PD. syok lepas sini coz memang hevoc dengan peminat2 bola...dah ala2 kedai mamak pun ye jugak. sungguh pun dah makan, still nak kena order makan lagi...boleh lapa kot menunggu games bola habis. apple pie tak boleh miss, saya suka.

berlawan dengan ice cream ni, sangat ermmmm

Muka di paksa untuk senyum, nampak sangat ketidak ikhlasan di situ. bosang pun ye, selalunya ada novel yang menemani tapi...tula ada penyakit lupa sikit. banyak minum air bersemut agaknya saya ni.

Sentap betul nak tunggu lama2 ni, mata memang dah ngantuk sangat. dah dari kantor terus di usung datang terus ke PD.

Anyway, salam Jumaat uolsss. semoga sejahtera hidup kalian semua :)

8 comments:

Mimy Hamid said...

macam paksa je..eh macam ngantuk je eh..hihi

ZazaMyMoon said...

Salam Jumaat Ann..
hoiii best woo lepak kat McD PD waterfront tu.. sambil pekena angin laut malam2.. tu yg mata Ann mcm kena paksa senyum kottt heee :p

Myra Jay said...

Sedapnya Mc Flurry :)
Love Oreo taste :D

Kesuma Angsana said...

walla seronok lepak kat situ !

Cho Zila said...

memang nampak ngat ler mukatu tak leh nak cover ... tahap bosan sesangatlertu...

gadisBunga™ said...

saya penah tengok bola ramai-ramai kat mcD. dulu laaa...zaman memuda duluu..heheh

QasehnyaRania said...

hahaha.nmpak sgt mata kna paksa tu

Amanina Mads said...

nampak muka xikhlas la.. hehehe
dulu mcd jd tempat buat asaiment je.