Saturday, November 2, 2013

Doa dan nyanyian

Isu Semasa - persoalan yang diambik bulat2 (tidak ada ubah walau sedikit faktanya) dari buku ANDA BERTANYA USTAZ AZHAR IDRUS MENJAWAB BERKENAAN PERMASALAHAN SEMASA ...soalan ini berada di muka surat 176 dengan niat ingin berkongsi ilmu sesama kita.

Soalan

Di tempat saya bekerja, ada perhimpunan pagi sekali dalam sebulan. Perhimpunan ini termasuk lelaki dan perempuan, Islam dan bukan Islam. Kemudian menyanyi empat buah lagu wajib iaitu Negaraku, Jalur Gemilang, Rukun Negara dan Sihat Sejahtera. Selepas itu, ia berakhir dengan majlis bacaan doa. Bolehkan saya membaca doa dalam majlis seperti ini?

Jawapan

Masalah membaca doa selepas menyanyi lagu-lagu itu tidak haram kerana lagu-lagu itu tidak termasuk lagu-lagu yang diharamkan secara mutlak.

Walau bagaimanapun ia adalah amalan bidaah iaitu berdoa selepas menyanyi tidak pernah dilakukan oleh Rasulullah mahu pun para salafussoleh. Ditambah pula keadaan masa menyanyi itu, ada pekerja wanita yang tidak bertudung dan bercampur pula dengan yang bukan Islam.

Jadi, di mana kita mahu dapatkan keberkatan doa sedangkan kelakuan yang kita lakukan tidak mentaati perintah Allah. Keberkatan hanya dapat diperolehi dengan mentaati ajaran Allah dan Rasulullah. 

2 comments:

Azlan Strider said...

pelik jugak..kenapa tak mulakan perhimpunan itu dengan bacaan doa untuk mendapat berkat kan kak??

Regards,
-Strider-

Amanina Mads said...

selalunya kalau nk mula majlis mesti baca doa dulu baru afdal. macam2 hal org zaman skrg