Saturday, November 30, 2013

Harta dan rezeki

Bab 05 - info yang diambik bulat2 (tidak ada ubah walau sedikit faktanya) dari buku MUDAHNYA MENJEMPUT REZEKI tulisan dari Saudara Fathuri Salehuddin...info ini berada di muka surat 22-27 dengan niat ingin berkongsi ilmu sesama kita.

Sebuah hadis yang  diriwayatkan oleh Imam Muslim ada menyebut tentang harta, iaitu:

Seseorang akan berkata: "Harta saya. Harta saya." Sedang untuknya hanya tiga perkara daripada hartanya: (Iaitu) apa-apa yang telah dimakan, maka dia telah habiskan, atau apa-apa yang dia telah pakai, maka dia telah lusuhkan; atau apa-apa yang dia telah berikan, maka menjadi simpanannya (di akhirat, atau disimpankan pahalanya). Dan (yang) selain demikian, maka ia akan pergi (musnah); sedang apa yang ditinggalnya adalah untuk manusia."

Allah berfirman dalam al-Quran bermaksud:

Dan ketahuilah bahawa hartamu dan anak-anakmu itu hanyalah sebagai ujian dan sesungguhnya di sisi Allah ada pahala yang besar.

(Al-Anfal 8:28)

Pesan Allah lagi dalam surah yang lain:

Wahai orang-orang beriman! Janganlah harta bendamu dan anak-anakmu melalaikan kamu daripada mengingati Allah. Dan sesiapa berbuat demikian, maka mereka itulah orang-orang yang rugi. 

(Al-Munafiqun 63:9)

1 comment:

Rai Ourkizuna said...

harta kita bukan milik kita.. bila kita faham konsep tu.. tangan takkan rasa susah nak menghulur..

terima kasih share kak..