Saturday, November 23, 2013

Ilmu adalah rezeki

Bab 03 - info yang diambik bulat2 (tidak ada ubah walau sedikit faktanya) dari buku MUDAHNYA MENJEMPUT REZEKI tulisan dari Saudara Fathuri Salehuddin...info ini berada di muka surat 14-17 dengan niat ingin berkongsi ilmu sesama kita.

Sesiapa yang menempuh satu jalan kerana mencari ilmu, maka Allah akan memudahkan baginya jalan ke syurga.

(Riwayat Muslim)

Sesungguhnya sesuatu bab daripada ilmu yang dipelajari oleh seorang lelaki terlebih baik baginya daripada dunia dan apa yang ada di dalamnya.

(Riwayat Ibnu Abdul Barr)

Demi Tuhan bahawa jika kamu pergi menuntut ilmu daripada sesuatu bab terlebih baik daripada kamu solat seratus rakaat.

(Riwayat Ibnu Abdul Barr)

Apatah lagi apabila ilmu yang dituntut itu diniatkan pula semata-mata untuk menghidupkan agama Allah. Nabi Muhammad s.a.w bersabda:

Sesiapa yang mati dalam keadaan menuntut ilmu untuk menghidupkan agama Islam, maka dia berada di dalam syurga kelak satu darjat dengan para nabi.

(Riwayat Tabarani)

Jangan mempelajari ilmu untuk berbangga-bangga di hadapan para ulama, atau untuk berdebat dengan orang-orang bodoh, atau untuk memilih majlis yang terbaik (demia mendapat pujian orang). Sesiapa melakukan hal itu maka nerakalah tempatnya.

(Riwayat Ibnu Hibban)

1 comment:

Tihara said...

Ya Allah bagusnya perkongsian ni,
syukur Alhamdulillah..
baca Riwayat Tabrani tu teringat kat adik ammar yang syahid di Turki baru2 ni..bertuahnya dia