Friday, November 1, 2013

Membela binatang peliharaan

Isu Semasa - persoalan yang diambik bulat2 (tidak ada ubah walau sedikit faktanya) dari buku ANDA BERTANYA USTAZ AZHAR IDRUS MENJAWAB BERKENAAN PERMASALAHAN SEMASA ...soalan ini berada di muka surat 175 dengan niat ingin berkongsi ilmu sesama kita.
Soalan
Ada yang mengatakan, membela binatang dalam sangkar bagi pertandingan, seperti tekukur, ketitir, tioang, adalah berdosa kerana menyekat kebebasan burung. Manakala, ada satu hadis rekod Bukhari dan Muslim daripada Anas bin Malik berkata, "Rasulullah menanyakan Abu Umair ke mana perginya burung kecilnya? Beliau menjawab burung masih dalam peliharaannya." Bagaimana pula dengan membela ikan bagi ketenangan?
Jawapan
Harus hukumnya membela burung bagi melihat kecantikan ataupun mendengar kemerduan suaranya. Namun, wajib ditunaikan nafkahnya iaitu dijaga makan minumnnya dan dibersihkan tempat tinggalnya.
Sebahagian sarjana Islam melarang binatang di kurung tanpa pasangannya dalam masa yang lama.

2 comments:

Kakzakie said...

Kakak burung semua tu tak minatlah Ann. Tapi ikan kakak minat cuma tak ada masa. Kalau ada peluang suka nak membela tapi entah bila...

umi alya said...

sian burung tu jika terkurung, terbayang diri sendiri tak bebas bergerak ke mana2