Sunday, November 24, 2013

Kaitan antara usaha dan rezeki

Bab 04 - info yang diambik bulat2 (tidak ada ubah walau sedikit faktanya) dari buku MUDAHNYA MENJEMPUT REZEKI tulisan dari Saudara Fathuri Salehuddin...info ini berada di muka surat 18-21 dengan niat ingin berkongsi ilmu sesama kita.

Allah menyatakan dengan jelas melalui firman-Nya di dalam al-Quran bermaksud:

Kepunyaan-Nyalah semua yang ada di langit, di bumi, di antara keduanya dan yang di bawah tanah.

(Thaha 20:6)

Allah juga sudah menyatakan tentang jaminan-Nya, iaitu:

Sesungguhnya Allah memberi rezeki kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya dengan tidak terhitung jumlahnya.

(Ali 'Imran 3:37)

Berkata 'Uqbah bin Amir al-Juhaini r.a, bahawasanya Nabi Muhammad s.a.w telah bersabda bermaksud: "Wahai anak Adam! Tunaikan empat rakaat (sunat) pada awal siang, nescaya dengannya Aku mencukupimu pada sepanjang hari." 

(Riwayat Ahmad dan Abu Ya'la)

Solat sunat yang dimaksudkan adalah solat sunat Dhuha.

Hal ini dinyatakan dengan jelas oleh Allah melalui firman-Nya:

Sesiapa bertakwa kepada Allah, nescaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar. Dan memberi rezeki kepadanya tanpa disangka-sangka. Dan sesiapa yang bertawakal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkannya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan yang dikehendaki-Nya. Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu.

(Ath-Thalaq 65:2-3)

2 comments:

Rai Ourkizuna said...

terima kasih share kak.. saya teringin nak cari buku ni.. tapi tak terbeli beli lagi.. :D

Khai♥Rin : anies said...

Rezeki hadir tanpa d sangka...tp ckp kah bersyukur kita kpd Nya?