Sunday, November 3, 2013

Mengampu majikan

Isu Semasa - persoalan yang diambik bulat2 (tidak ada ubah walau sedikit faktanya) dari buku ANDA BERTANYA USTAZ AZHAR IDRUS MENJAWAB BERKENAAN PERMASALAHAN SEMASA ...soalan ini berada di muka surat 177 dengan niat ingin berkongsi ilmu sesama kita.

Soalan

Apa hukumnya orang yang suka mengampu majikan untuk dia mendapat kelebihan daripada orang lain dan dipandang bagus, padahal kerjanya tidak seberapa? Dalam pada itu dia suka memburukkan perihal pekerja lain di hadapan majikannya dan selalu bercakap hal-hal agama?

Jawapan

Perangai suka mengampu adalah perangai yang dikeji oleh syarak. Rasulullah selalu berpesan jangan suka mengampu dan orang yang suka mengampu itu adalah pendusta.

Sekiranya dalam masa yang sama dia memburukkan pula orang lain, maka terlebih lagi keji di sisi syarak. Hasil gaji yang diperolehinya setiap bulan tidak ada keberkatannya dan terkadang jatuh kepada haram.

Selalu bercakap perihal agama bukan lesen dihalalkan  perbuatan yang haram. Haram tetap haram walaupun pandai bercakap perihal agama. Bahkan orang yang pandai bercakap perihal agama sepatutnya menunjukkan sikap yang baik bukannya suka mengampu.

5 comments:

Fizalinolie said...

Good sharing :)

Susah kalau orang suka mengampu. Ok lagi kalau setakat mengampu. Tapi... Kalau mengampu sambil memburuk-burukkan orang lain. Memang terukla perangai sebegini...

Putri said...

salam
actually bukan dalam dunia bekerja je ada pengampu ni..masa sekolah dulu pun mesti ada student yang suka mengampu cikgu.apapun boss mesti la kena cerdik bazakan pengampu dan pekerja yang reti buat keja

Amanina Mads said...

memang tak suka org mengampu, bodek dan etc. lebih baik bekerja dgn ikhlas tanpa perlu semua tu kan :)

Azhafizah Md Nor said...

buat kerja dgn ikhlas dan niat bekerja sebagai ibadah..insyaAllah berkat.. :)

Kesuma Angsana said...

plg x boleh balh dgn org2 yg suka mengampu ni !