Thursday, November 28, 2013

Naili's Places Ampang Point

Punya dah lama saya hidup di bumi Ampang ni, tak pernah sekali pun saya datang ke tempat ini walhal tempat ni pun dah lama menapak di sini (Ampang Point). tempatnya cantik dan simple, selepas ditutup beberapa minggu untuk proses renovation tempoh hari...bermakna rupa kedai sebelum renovate tu saya tak pasti concept apa. jangan ragu2 lagi, resto ni adalah kepunyaan bumiputra dan terjamin halalnya.

Resto yang saya maksudkan adalah Naili's Places, pertama kali saya datang makan di sini malam tadi bersama dengan my laki dan anak buah.
 
Cucur Bilis RM7

Kemudahan surau ada disediakan di sini. cucur bilis tu my anak buah kata macam tak tak boleh buat dekat rumah...nak makan dekat kedai jugak. nak buat macam mana, makcik ni rajin sangat. harga untuk cucur bilis tu pun saya rasa reasonable, banyak kot sepinggan melantak.

Teh Tarik RM3.50, yang ni memang terbaek. sedap pekat kelat rasanya. sorry quality gambo memang tahap nak delete je tapi nak buat macam mane, nak mintak tipong baru gamaknya.
 
Ubi Rebus RM6

Dalam banyak2 menu, ini jugak menjadi pilihan hati ku. tekak makcik ni nusantara nak, kecik2 dulu tak puas makan ubi rebus.

4 comments:

Mimy Hamid said...

nailis sentul pun ok...ada busker menyannyi

.:fyzz:. said...

yez..tui nailis sentul pun ok kan..ingt lik kenangan dok kl dlu..

fazitaismail said...

selalu jgk mkn kat sini..
harga pun berbaloi ler dgn kesedapan makanannya..hehe

QasehnyaRania said...

hihi.saya pon tak pernah ke ampang point ni.
padahal dekat je