Monday, November 11, 2013

Sepetang menziarah

Sabtu yang lepas kami balik ke Lenggeng berkumpul di rumah my sista. takde apa2 special occasion tapi saja nak berkumpul ramai2 coz semua my adik beradik dah lama tak berjumpa selepas raya haji yang lepas, itu pun ada yang tak jumpa jugak masa tu....so lebih sesuai last day berkumpul adalah masa raya puasa yang lepas. lama tu nak ambik masa mengumpulkan semua adik beradik ni, especially bila masing2 sibuk dengan hal2 sendiri.

Aktiviti bila berkumpul, tentulah makan, makan dan makan. uolsss pun sama kan, kalau dah berkumpul ahli keluarga tu dah tentu MAKAN adalah aktiviti wajib...tak kisahlah makan gaya macam mana pun kan. yang pasti mesti ada makan. bab makan ni saya up later la ye.

Sebelah petang Sabtu tu, kami sekeluarga besar telah balik ke kampung kelahiran awah mak saya di Jelebu. mak saya sekampung dengan Dato Rais Yatim, masa dulu setiap tahun dapat undangan open house ke rumah beliau. itu dulu tapi kini kampung ni semakin sunyi, yang tinggal adalah generasi2 yang masih memelihara rumah tinggalan orang tua masing2. kampung arwah mak saya ni kecik je dan boleh dikatakan sekampung ni adalah bersaudara mara. 

Tujuan kami beramai2 balik adalah ini...
 
Melawat pusara saudara2 kami di kampung. kali terakhir kami ke sini adalah masa raya puasa yang lepas. ini adalah pusara arwah nenek saya iaitu ibu kepada arwah mak saya.  my laki sempat berjumpa arwah semasa kami masih lagi bertunang.
 
Ini pulak adalah arwah tok saudara saya, kami selalu panggil arwah dengan panggilan "tok bongkok"....nama glamor gitu walaupun masa hayatnya ada, takdenya bongkok pun. arwah adalah adik beradik dengan arwah nenek saya. sampai akhir hayatnya arwah masih solo, tak pernah berkahwin lagi.
 
Ini adalah pusara arwah pakngah saya iaitu adik kepada arwah mak saya. mak saya adalah anak yang sulung dalam adik beradik, sama jugak dengan arwah ayah saya, anak sulung jugak.

Ini adalah pusara arwah datuk saya, Hj Maarof. arwah meninggal pada 15/11/1913. saya tak pernah merasa ada datuk coz ke dua2 datuk saya sebelah mak dengan ayah telah tiada sebelum saya ada lagi.
 
Dan yang ini pulak adalah pusara arwah paksu saya iaitu adik kepada arwah mak. arwah meninggal pada 7/5/1966 di New York USA kerana cancer. saya hanya tengok gambar arwah ni aja, memang hensem orangnya. arwah nenek pernah bagi tau, arwah paksu ni menjadi kegilaan anak2 dara dekat kampung tu masa dulu sebelum arwah ke State untuk menyambung pelajaran di sana. tapi sayang, arwah tak sempat pun nak menamatkan pengajian di sana dan meninggal di sana jugak. mayatnya bawa balik ke Malaysia. 

Ada banyak lagi pusara saudara mara kami di tanah perkuburan ni tapi saya up pusara ahli keluarga yang terdekat sahaja. semoga roh mereka dicucuri rahmat dan terpelihara sentiasa. al Fatihah...

5 comments:

Fizalinolie said...

Biasala kalau jumpa adik-beradik, sedara confirm ada makan-makan punya.

Kalau Fiza... Pernah merasa kasih sayang atuk dan nenek belah mak. Tapi... Atuk dan nenek belah ayah lansung tak pernah tengok. Cuma ada tengok gambar jelah. Tu pun gambar masa muda :(

Mimy Hamid said...

Al Fatihah ...

Cho Zila said...

dah lama tak menziarah kubur opah dan atuk akak di kampung.. kalau balik kampungjer lupa bab ini...

.:fyzz:. said...

Al fatihah ..moga roh2 di tempatkan di kalangan orang yang beriman..amin

Myra Jay said...

Semoga roh mereka yang telah pergi dicucuri rahmat