Saturday, November 16, 2013

Syaitan mahu kita mengambil rezeki yang haram

Bab 01 - info yang diambik bulat2 (tidak ada ubah walau sedikit faktanya) dari buku MUDAHNYA MENJEMPUT REZEKI tulisan dari Saudara Fathuri Salehuddin...info ini berada di muka surat 5-7 dengan niat ingin berkongsi ilmu sesama kita.

Sesungguhnya mereka itu tidak lain, hanyalah syaitan yang menakut-nakutkan (kamu) dengan kawan-kawannya (orang musyrik Quraisy), kerana itu janganlah kamu takut kepada mereka, tetapi takutlah kepada-Ku.

(Ali 'Imran 4: 175)

Malah dalam soal rezeki, Allah menegaskan lagi melalui firman-Nya yang bermaksud:

Dan di langit terdapat (sebab-sebab) rezekimu dan terdapat (pula) apa yang dijanjikan kepadamu. Maka demi Tuhan langit dan bumi, sesungguhnya yang dijanjikan itu adalah benar-benar (akan terjadi) seperti perkataan yang kamu ucapkan.

(Adz-Dzariyat 51: 22-23)

Janji ini membuat hati berasa aman. Janji ini akan membebaskan diri dari godaan syaitan. Sesungguhnya tiada yang boleh memberi rezeki kecuali Allah Apatah lagi apabila Allah berfirman lagi dalam al-Quran:

Katakanlah, "Aku tidak berkuasa mendatangkan kemudaratan dan tidak (pula) kemanfaatan kepada diriku, melainkan yang dikehendaki Allah."

(Yunus 10:49)

1 comment:

msredcheesecake said...

Zaman sekarang ni byk sgt hasil yg diragui halal haramnya.... Minta perlindungan dari Allah...