Thursday, November 21, 2013

Tido

Masih lagi dalam giveaway hari ke 2 di Port Dickson. takde aktiviti menarik di petang hari, cuma berehat dalam bilik saja.

Selepas balik dari kenduri di Senawang, terus pusing2 PD mencari gerai kuih goreng2...teringin nak makan pisang goreng sebenarnya. permintaan tu dipermudahkan bilamana senang je jumpa gerai jual kuih goreng2. banyak pilihan, terus rambang mata sambil tangan mencapai lebih dari pisang goreng. tulah akibat membeli makanan masa tengah lapar, selera tu tak pernah cukup.
 
Balik hotel terus bancuh instant nescafe, memang biasa sangat saya bawak setiap kali travel ke mana saja. tekak ni mana boleh kalau tak pekena kopi walau pun sekali dalam sehari. terus makan pisang goreng panas2, perhhh memang terbaek la.
 
Perut dah kenyang apa lagi, tido la. itu pun perkara yang paling seronok masa bercuti kan, tido, tido dan tido lagi.
 
Suasana sunset di jendela bilik. sebelah malamnya kami tak keluar makan sebab masih kenyang makan pisang goreng + dengan kuih2 yang lain. sambung tido semula sampai ke pagi.

1 comment:

LuN@_aiDi said...

Sama ler dgn kter klu ke hotel mesti nak tido jer.. selesa katanyer! hahah