Friday, November 15, 2013

UPSR result

Hebat betul kisah bersambung2 ni, macam dah takde idea je kan saya ni. ah lantak pi la kat situ.

Bersambung lagi kisah hujung minggu lepas tapi kali ni aktiviti sampingan di petang hari. sambil yang tua2 berbual dekat beranda, anak2 kecik tak berhenti bermain, yang muda remaja sibuk di dapur buat cookies katanya. untuk buat kudap2 malamnya masa nak tengok bola. setiap hujung minggu kan ada bola, suka lah yang lelaki2 nya dapat menumpang makan sama.
 



Anak2 buah saya sedang gigih membuat cornflake cookies. dapat berbalang2 jugak. dapat jugaklah bawak balik barang sebalang, dah macam nak raya je rasanya bila letak cookies ni dalam balang plastik tu.
 
Saya just tolong tengok je, selebihnya saya dok makan mangga je...musim katanya sekarang ni. rata2 setiap rumah yang ada pokok mangga, mesti tengah banyak buahnya. sebelum ni tertanya2 jugak, entah kenapa sekarang ni saya dok kemaruk mengidam makan mangga. tapi sekarang saya dah tau. saya ni ada masalah sikit, kalau orang2 yang terdekat dengan saya mengandung, saya yang lebih termengidamnya. nak buat macam mana, dah pembawakan kawan2 ek.

Nak berkongsi kisah gembira dalam family saya, anak buah saya telah selamat mengambil keputusan UPSR pada Khamis lepas. alhamdulillah dapat 5A's. Sabtu dah dah kena mendaftar masuk Kolej Yayasan Saad Melaka (KYSM). lepas ni tambah satu lagi destinasi wajib selalu pegi, sambil berjalan boleh tengok keadaan anak2 buah sekali harung.  

4 comments:

Khai♥Rin : anies said...

Waaahhh tahniah3 kt ank buah tu

ela said...

salam kenal dear...sedapnyer mangga cicah kicap

umi alya said...

tiba2 terliur lak tengok buah mangga tu

.:fyzz:. said...

congrats kt anak buah...mintak la mrsm gak..:)