Tuesday, November 5, 2013

Wanita terlanjur keliru

Isu Semasa - persoalan yang diambik bulat2 (tidak ada ubah walau sedikit faktanya) dari buku ANDA BERTANYA USTAZ AZHAR IDRUS MENJAWAB BERKENAAN PERMASALAHAN SEMASA ...soalan ini berada di muka surat 178-179 dengan niat ingin berkongsi ilmu sesama kita.

Soalan

Seorang wanita terlanjur bersama teman lelakinya. Mereka sekarang sedang berada dalam situasi konflik. Teman lelaki itu meminta wanita ini sedikit waktu dan ruang untuk dia berehat dan bertenang serta berjanji menghubungi wanita ini semula. Walau bagaimanapun, wanita ini berasa takut dan gelisah sekiranya dia ditinggalkan. Sejak awal lagi mereka berniat dan berjanji bagi berkahwin lebih-lebih lagi apabila mereka terlanjur. Pihak keluarga mengenali lelaki itu, tetapi tidak mengetahui cerita keterlanjuran mereka. Persoalannya, apakah yang perlu dilakukan oleh wanita itu?

Jawapan

Si lelaki perlu bertanggungjawab dengan perbuatannya itu dan mengambil wanita itu sebagai isterinya. 

Manakala, si perempuan ini tidak boleh memaksa lelaki itu berkahwin dengannya.

Apabila si lelaki enggan ataupun menangguhkan niat mengambilnya sebagai isteri, maka jelas dia ingin lari daripada tanggungjawab.

Tidak ada apa boleh dilakukan oleh perempuan itu selain bertaubat kepada Allah, memohon diampunkan dosa dan memohon petunjuk. Berdoa dan mohon supaya Allah membuka pintu hati lelaki itu supaya timbul rasa bertanggungjawab dengan perbuatannya itu dan memohon Allah memudahkan urusan mereka berdua.

4 comments:

ejulz said...

smoga dijauhkan dari perkara camni..

Terima kasih kerana sudi komen kat blog Ejulz. Lihat senarai pengomen tegar kat blog Ejulz.. Anda tersenarai.. "Pengomen Tegar bagi Bulan Mac hingga Oktober 2013"

Nora Karim said...

Allahuakbar... mmg takut dengan situasi macam ni... anak2 zaman sekarang mmg advance...

azieazah said...

Cukup bimbang..

Kesuma Angsana said...

pikir dulu sebelum melakukan, dan berani buat kena tanggung akibatnyer kan !..