Friday, December 6, 2013

Banjir lagi + demam kembali

Tak habis2 lagi isu banjir ni kan, sekarang ni femes pulak pasal cadangan memberikan khemah kepada mangsa banjir terutama sekali bagi yang masih menyusukan bayi kecil...seperti yang berlaku di Jepun. mereka membekalkan khemah sementara kepada mangsa gempa bumi di negara mereka. pada pandangan korang, adakah practical cara ini diguna pakai di negara kita Malaysia.

Ada yang mengatakan, keadaan cuaca yang tidak sesuai di negara kita ni, maka penggunaan khemah tidak sesuai sama sekali kerana ia akan meningkatkan suhu panas pada ruangan yang agak terhad. saya tak pernah ber camping, so tak tau apa rasanya bila duduk dalam khemah...panas ke sejuk ke. tapi bila suhu sesuatu tempat tu tak sesuai, bukan saja tidak memberi keselesaan malah cara penyelenggaraannya juga akan menjadi sukar. at least kena sediakan tempat yang boleh mangsa2 membuat tirai/tabir untuk ruangan privacy setiap keluarga. takkan nak duduk sesaja sepanjang hari kan, mau sakit pinggan belakang wooo...nak jugak lunjur kaki baring. kena la sediakan jugak kain selimut bantal, dan yang penting sekali bahan makanan, pampers untuk kanak2, ubat2an.   

Pemberian tilam sementara untuk setiap keluarga mangsa adalah tidak practikal pada pendapat saya terutama dari segi kebersihan la. tapi apa salahnya kalau disediakan tilam angin yang lebih mudah diselenggarakan ye dak.

Entah la, ni hanya pendapat 0.02 sen saya. bak kata pepatah, "berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul". samalah kita membantu mana yang termampu, sumbangan kita tu amat mereka perlukan.

Dek kerana cuaca tak menentu sekarang ni, demam pun dah start menular dengan gigihnya. dekat tempat kerja saya pun ramai yang dah demam sekarang ni. bila dah ada virus demam, pasti saya akan menjadi agak cuak nak pegi kerja...takut berjangkit ko. dan akhirnya saya berjangkit jugak. badan malam tadi dah naik panas mendadak, tekak perit, hidung perit, suhu malam yang sejuk tapi badan berpeluh2 biji jagung besarnya. makan ubat demam tapi nampaknya pagi ni masih lagi tak kebah2 lagi. 
   
 
Akhirnya pagi tadi terpaksa jugak bertemu tuan doctor dulu sebelum nak pegi kerja. gigih nak masuk office niatnya tapi terpaksa dibatalkan saja coz dapat MC...balik dan berehat sambil2 boleh online blog lagi hiksss.

8 comments:

Abil Fikri Ahmad said...

Rehat dan makan ubat..InsyAllah.

Rai Ourkizuna said...

semoga cepat sembuh kak..

betul kak.. kita mudah bagi cadangan itu ini.. diorang yg merasa lebih tahu..

Mimy Hamid said...

get well soon sister

- said...

smoga cepat sihat....

cuaca skang x menentu...

anis abdullah said...

Aku doakan ko sembuh. Aku syukurlah tak demam sejak pregnant ni.

QasehnyaRania said...

Hihi. Bw bw jugak sis. Mkn obat tau.
N tc ;)

Azhafizah Md Nor said...

take your rest and get well soon kak .

Ema Johari said...

hujan di KL memang mudah kena demam..moga cepat sembuh