Thursday, December 5, 2013

Banjir semakin pulih + makan2 keluarga

Tak dapat nak balik Kemaman lagi minggu ni nampak gayanya, banjir masih lagi tak surut2. tapi berlainan pulak dengan kawasan Pahang dan Kelantan yang dengar dah semakin surut berikutan cuaca agak baik sehari dua ni. alhamdulillah rumah di Kemaman tidak kena banjir. tak kalu tahun depan boleh mula buat rumah rakit la :) 

Semalam kami anak2 Hj Ishak berkumpul lagi, kali ni semuanya berkumpul di Kota Damansara pulak. cuti sekolah katanya, so yang jauh2 tu nak la berjalan lagi jauh kan. 

Tujuan asalnya coz my kakak ipar akan menunaikan umrah untuk tahun ni dalam masa sehari dua lagi akan terbang, setiap tahun gamaknya pegi umrah...alhamdulillah semoga berkesempatan lagi tahun2 selepas ini, amin. sebelum berangkat tu, mai berkumpul dulu ramai2 adik beradik anak beranak.

Bila dah berkumpul ni, takde acara lain selain dari acara makan je semata. setiap orang akan bawak macam2 makanan, yang pasti nanti akhirnya makanan tu akan diagihkan untuk si bawak balik oleh si adik kecik ni (saya la tu). dining area dalam rumah penuh dengan makanan.

Dining area luar rumah pun tak kurang penuhnya. ada je orang2 yang memenuhi ruang. saya lebih suka lepak makan di ruang luar, best berangin sepoi2 bahasa.

Kali ni saya tak masak apa2, balik dari office terus je ke rumah abang tak dan nak masak pun. saya just singgah Ikea untuk beli karipap. banyak sangat beli, akhirnya setiap sorang sebungkus bawak balik malamnya. tuan rumah aka my bro masak mee goreng mamak, ada pulak buah mata kucing...memang layan sangat la sambil gebang tak sudah2.

Tak masak nasi pun coz semua makanan ni pun dah cukup kenyang perut sampai ke pagi. still jugak mangkuk mata kucing tak berganjak dari tepi saya. suka sangat makan buah ni tapi tak boleh makan banyak sangat tau.

Last year, my abg ipar ni yang pegi umrah dan haji. tahun ni turn abg dan kakak ipar pulak. next year in sya Allah, turn sapa pulak ye.

kami yang kuat makan dan kuat bercerita dan kuat gelak...mujur tak kejang mulut

Yang lelaki2 suka duduk dekat dalam coz boleh layan tv sambil makan. mula la citer memburu, diving, sport keluar serentak sampai tak tau mana nak tengok dulu.

u still the youngest in this family

Selepas berjumpa2, makan2, gebang2...dah sampai masa untuk beredar. sebelum pulang kena ambik gambar beramai2 dulu, acara wajib setiap kali bertemu pun. semoga berkekalan tradisi ni turun temurun.

  

  

3 comments:

Abil Fikri Ahmad said...

Saya ni pun nak ke Trengganu jenguk MIL, tapi banjir di kemaman n chukai, kena la tangguh..

Mimy Hamid said...

yer ar nak balik ganu gak ni..tangguh lg

QasehnyaRania said...

Bestnya tgk uols.
Rasanya akak byk mkn buah mata kucing kot.tu yg salit tekak tu