Saturday, December 14, 2013

Formula berkesan bagaimana menjadi bahagia dan berjaya

Bab 08 - info yang diambik bulat2 (tidak ada ubah walau sedikit faktanya) dari buku MUDAHNYA MENJEMPUT REZEKI tulisan dari Saudara Fathuri Salehuddin...info ini berada di muka surat 40-44 dengan niat ingin berkongsi ilmu sesama kita.

Antara formula berkesan bagaimana menjadi bahagia dan berjaya.

Formula 1: Syukur dan Redha (Sabar)

Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu memaklumkan, "Sesungguhnya jika kamu bersyukur, nescaya Aku akan menambah (nikmat) kepadamu, tetapi jika kamu mengingkari (nikmat-Ku), pasti azab-Ku sangat berat.
(Ibrahim 14:7)

Maka adapun manusia, apabila Tuhan mengujinya lalu memuliakannya dan memberinya kesenangan, maka dia berkata, "Tuhan telah memuliakanku." Namun apabila Tuhan mengujinya dan membataskan rezekinya, maka dia berkata, "Tuhan telah menghinaku." 
(Al-Fajr 89:15-16)

Formula 2: Zakat dan Sedekah

... sesungguhnya Allah memberi balasan kepada orang yang bersedekah. 
(Yusof 12:88)

Tiadalah kurang harta sebab bersedekah. 
(Riwayat Muslim)

Bentenglah harta-harta kamu dengan mengeluarkan zakat, mengubati pesakit-pesakit kamu dengan bersedekah dan sedia berdoa menghadapi bala. 
(Riwayat Tabarani)

Formula 3: Ketakwaan dan Menyambung Silaturahim

Sesiapa bertakwa kepada Allah, nescaya Dia akan membukakan jalan keluar baginya dan Dia memberikan rezeki dari arah yang tidak disangka-sangkanya. Dan sesiapa bertawakal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkan (keperluan)nya.
(Ath-Thalaq 65:2-3)

Formula 4: Tidak Berbuat Dosa (Banyak Beristighfar)

Mohon ampunan kepada Tuhanmu. Sungguh, Dia Maha Pengampun. Nescaya Dia akan menurunkan hujan yang lebat dari langit kepadamu, dan Dia memperbanyakkan harta dan anak-anakmu, dan mengadakan kebun-kebun untukmu dan mengadakan sungai-sungai untukmu.
(Nuh 71:10-12)

Dalam sebuah hadis Qudsi, Allah berfirman:

Sesungguhnya dikalangan hamba-hamba-Ku ada yang keadaannya itu tidak baik dalam keadaan kaya, kalau Aku menjadikannya miskin akan rosaklah keadaanya, dan ada pula antara hamba-Ku yang keadaannya itu baik jika dalam keadaan miskin, kalau Aku menjadikannya kaya akan rosaklah keadaannya, dan ada daripada hamba-hamba-ku yang keadaannya baik jika dalam keadaan sihat, kalau aku menjadikannya sakit dan rosaklah keadaannya, dan ada di kalangan hamba-hamba-Ku yang keadaannya baik jika dalam keadaan sakit, kalau Aku menyembuhkannya akan rosaklah keadaannya.
(Riwayat Abi Dunya dan Baihaqi)  

1 comment:

mizz miaizzati said...

sedekah tu memang mujarab..