Saturday, December 7, 2013

Hubungan rezeki dan iman

Bab 07 - info yang diambik bulat2 (tidak ada ubah walau sedikit faktanya) dari buku MUDAHNYA MENJEMPUT REZEKI tulisan dari Saudara Fathuri Salehuddin...info ini berada di muka surat 32-35 dengan niat ingin berkongsi ilmu sesama kita.

Banyak sungguh sebab yang Allah boleh datangkan kepada kita untuk mengambil milik kita untuk menjadi rezeki orang lain. Andai kita menyedari hakikat ini, tidak akan rasa resah gelisah  apabila ia berlaku kepada diri kita. Bukankah isyarat ini sudah Allah beritahu di dalam al-Quran?

Katakanlah, "Aku tidak berkuasa menarik kemanfaatan bagi diriku dan tidak (pula) menolak kemudaratan kecuali yang dikehendaki Allah. Dan sekiranya aku mengetahui yang ghaib, tentulah aku membuat kebaikan sebanyak-banyaknya dan aku tidak akan ditimpa kemudaratan. Aku tidak lain hanyalah pemberi peringatan dan pembawa berita gembira bagi orang yang beriman."

(Al-A'raaf 7:188)

Dunia ini adalah tempat ujian, manusia akan terus diuji dalam setiap pergerakan apatah lagi dalam hal rezeki. Berikut adalah sebuah  hadis sahih yang memberi tip bagaimana untuk mendapatkan iman yang sempurna:

Ada tiga perkara yang sesiapa dapat mengambilkan ketiga-tiga hal itu dalam dirinya, maka dia telah dapat mengumpulkan keimanan secara sempurna. Iaitu, memperlakukan orang lain sebagaimana engkau suka dirimu diperlakukan oleh orang lain, memberi salam terhadap setiap orang (yang dikenali mahupun yang tidak dikenali), dan mengeluarkan infak di jalan Allah, meskipun hanya sedikit.

(Riwayat Bukhari)

1 comment:

asyifa mustaffa said...

Sngt bermanfaat...buat diri sy juga yg kadang alpa....