Monday, December 16, 2013

Kenderaan dan kemalangan, tak dapat dipisahkan

Uhaiiiiiiiiiiiiiiii malam minggu yang lepas ada kemalangan maut dekat Jalan Tun Razak berdekatan dengan bangunan Tabung Haji. akibat dari kejadian tu, jalan tu terus jammed walaupun dinihari. punca kemalangan kurang pasti pulak, meh bersangka baik ye...agaknya keadaan jalan yang licin selepas hujan lebat sebelum tu. 

Jalan raya dekat bandaraya besar macam KL ni bukannya untuk berlumba, tapi memang kebanyakkan kenderaan jenis 4x4 ni, manelah penah bawak slow...tau nak melenjan je. mujur takde kenderaan lain yang terlibat sama, tak kalu apakah yang akan terjadi. 

Kenderaan jenis 4x4 ni jenis suka cucuk2 bonton kereta kecik2 jugak...mementang la besar kan. saya memang geram je, kita dah tekan 120 diorang tekan lagi laju dari itu. tetiba nampak pancaran cahaya firdausi dari jauh jalan, cecepatlah bagi laluan...kalau tidak pesta lampu disco diberinya. 

Pada saya apa jenis kenderaan sekali pun, jangan la nak pandu laju2 sangat. tak lari tempat dituju. keselamatan lebih diutamakan, ingatlah orang tersayang.

Nampak itu taman di tengah2 bandaraya Kolumpo...jom jogging di sana petang ni. untung2 kita berjumpa nanti :)

4 comments:

Khai♥Rin : anies said...

eksiden + org malaysia = x dpt dipisahkan ;-)

Bitt (double IS) said...

4x4 tu kenderaan apa yer...hwhehe

Kakzakie said...

Sebab itulah Ann boleh katakan dlm satu hari tak pernahnya tak ada berita kemalangan dlm berita tv/suratkhabar.

Dee said...

malang tidak berbau..kadang2 kita puncanya..kadang2 orang lain..berhati-hatilah..