Tuesday, December 17, 2013

Kisah sangat2 lama

Okay saya mengaku dan diakui entry dan gambo di bawah ini adalah sudah lama tarikh kejadiannya, dah dua tahun rasanya la. tapi saya tetap nak keluarkan jugak walau apa saja alasannya. ini antara kenangan saya di hari majlis pernikahan kawan (Masni) di Manjung Perak, gigih okay pegi sana kerana saya tak dapat menghadirkan diri pada majlis persandingannya selang sehari selepas majlis pernikahan ni.

Majlis pernikahan adalah selepas isyak, perjalanan ke Manjung bermula selepas zohor bersama my BFF Anis yang jugak tak dapat hadirkan diri masa majlis persandingan. sepanjang perjalanan tu macam biasalah ada berhentinya untuk solat, pegi toilet, minum dan just nice kami sampai di rumah pengantin tepat waktu magrib. mujur surau dekat dengan rumah jadi transit dulu di surau untuk mandi, tukar baju dan terus magrib.

Sampai je di rumah pengantin, majlis pernikahan baru saja bermula. 
 
Masa ni keluarga pihak lelaki tengah menjamu selera di khemah, kita tanggap pengantin perempuan bergambar sama. tu buaian dekat belakang adalah untuk majlis berendoi anak saudara pengantin perempuan yang majlisnya pada sebelah siang sebelum majlis nikah ni.

Kemain berseri lagi pengantin ni, sekarang pun berseri jugak ko...seri seorang ibu pulak. kabo dah tadi, kejadian ni dah lama cuma entry je tak keluar lagi. sekarang pasangan ni dah dikurniakan seorang anak pun.
 
pengantin lama ni pun nak jugak bergambo berdua...fefilling kata orang
 
Bergambo bersama pasangan pengantin pulak. waktu ni perut dah bunyi2 mintak nasi, pengantin tu pun tak makan lagi...menahan lapo perut jugak tu. tapi demi nak bagi clear dekat khemah makan, kita teruskan je petik2 camera dalam rumah ni.
 
keadaan yang tidak dirancang langsung, kebetulan warna baju kami sama
 
mini pelamin yang meletopsss lawo ko, rugi kalau tak ambik gambo dekat sini
 
Dengan baju saya yang hampir sama warna dengan mini pelamin ni...seronok rasanya. waktu ni dah around 10++pm, terus makan dengan pengantin sekali. rombongan pihak lelaki pun dah berangkat pulang di transit mereka. kami dok gebang2 sama pengantin, parent pengantin sampai tengah malam. dah midnight baru gerak balik ke KL. 

Majlis persandingan adalah keesokan harinya tapi saya tak dapat nak hadirkan diri kerana saya dan keluarga ke Khucing pada hari tersebut. kami sampai di rumah selepas menghantar Anis pun dah around 3++am. perjalanan yang mengembirakan dan paling best makanan malam tu sangattt sedap. 
 
Kami tetamu pertama dapat door gift malam tu hihihi, seronok rasanya. dah lama tak jumpa pasangan ni, yang terakhir adalah semasa majlis perkahwinan BFF Anis. teringin nak ketemu sambil tengok anak mereka yang pertama. insyaAllah kalau diizinkan nanti...

5 comments:

Yumida Huda said...

berseri2 pengantin
pengantin lama pun berseri2 gak..hihii
cantik pelamin tu

Mimy Hamid said...

mmg citer lama....masni dah jadi ibu kak...mimi pun tak sempat jumpa lagi anak dia...hahaha

anis abdullah said...

Jadi perjumpaan ibu dan anak plak kekgi.. tapi ann dan mimy nanti kita aturkan..yang terbaik tarikhnya Allah tetapkan.

masniwati rahman said...

Wah terharu entry ko ni.. Zaman kekurusan melanda. Skang ya adoii.. Hehehe. Boleh jer jmpa lepak2 kat curve, pas tu merewang ke ikea. Hahaha

wantie said...

Tu ls kan kli dah kenangan haruslah tempek kat sini.

Betul.pelamin tu cantik