Wednesday, December 11, 2013

Laksa Asam

Teringin sangat nak makan laksa, cukup bahan2 maka jadilah...

Bahan-bahan:
Laksa - direbus dan toskan
Ikan sardin dalam tin
Daun kesum
Lengkuas - diketuk
Asam gelugur
Serai - diketuk
Bunga kantan - hiris nipis
Garam
Petis udang
Air

Bahan hiasan:
Hirisan nenas
Hirisan timun
Hirisan cili padi
Hirisan bunga kantan
Telur rebus
Daun pudina

Cara-caranya:

Masukkan isi ikan kembung bersama kuahnya ke dalam periuk. masukkan sekali daun kesum, lengkuas, asam gelugur, serai dan bunga kantan.

Didikan di atas api sederhana sambil kacau rata. perasakan secukupnya dan masak sehingga mendidih. 

Masukkan laksa ke dalam mangkuk dan letakkan bahan hiasan serta kuahnya. lepas tu bolehlah dihidangkan.

Boleh letak hirisan bawang jugak, tapi saya memang tak berapa suka makan bawang sebagai hiasan (tak dimasak).

8 comments:

nuyui a.k.a miss YUI said...

wahh..sedapnyaaa..

Azhafizah Md Nor said...

Laksa Asam memang kuah dia tak pekat ye kak?sedap jugak ni..bolehlah mencuba nanti :)

Amanda Suria said...

sedapnya laksa.....lama dah x buat ni...

Khai♥Rin : anies said...

kecuuuqqqqq

Kakzakie said...

Huiii... sedapnya. Kakak kalau petang biasa rasa lapar sangat. Pagi ok sikit masuk ke petang tengok lakza macam ni tak boleh tahanlah Ann..

Ema Johari said...

wah pastinya sedap ni..

umi alya said...

huissssssss kena beli ikan sok, terliur lak pula

QasehnyaRania said...

dah lama x makan laksa. sbb pantang. hukhuk