Thursday, December 19, 2013

Lama dah tak ke sini...

Sekarang ni aktiviti malam saya terlalu penuh, setiap malam dah ada agenda yang perlu dibuat. payah dah nak bersosial buat masa ni, komitmen lebih banyak dengan training sesaja. training apa, tunggu la...not the right time to reveal pun.

Malam tadi selepas tengok movie, pegi makan dekat William Corner lagi. dari Wangsawalk ke tempat ni bukan jauh mana pun.
 
Kali ni tak larat nak minum minuman gelas besar yang tak layak nak di panggil gelas tu, dah boleh panggil jug je terus. ambik gelas kecik je, Blueberry Yogurt RM5 dengan Teh Tarik RM1.50.

Forever fav dengan makanan ni, Meatball Carbonara RM15. selain dari meatball, ada chicken slice jugak dalam tu. berlemak penuh krim, pasti menjadi kegemaran saya.

2 comments:

fazitaismail said...

sedap jekk tgok meatball carbonara tu..
macam sedapp jekk..hihi

Mimy Hamid said...

carbonara melimpah ruah