Friday, December 13, 2013

Mas kawin

Pejam celik dah hari Jumaat hari ni ye, terlalu cepat masa berlalu. tinggal beberapa hari je lagi kita akan meninggalkan tahun 2013 dan 2014 dah melambai2 datang. hujung tahun macam ni, banyak la kenduri kawin setiap minggu. seronok betul tengok orang naik pelamin ni, tapi lagi best bila dapat makan lauk kenduri...sedapnya lain macam.

Cerita pasal kenduri kawin ni, ada terbaca satu artikel yang mengatakan cadangan untuk menaikkan kadar harga mas kawin di Pahang. rupanya mas kawin dekat negeri tu tak pernah naik ye, setakat tahun ni mas kawin yang dikenakan hanyalah RM22.50. alahaiiii murahnya, ahkak dulu kawin mas kawin ratus2 dek. kalau tau, dah tentu ahkak nikah dekat pahang je...tak pun pilih pasangan hidup orang pahang, ehhhhhh!!!!

Pada pandangan rabun mata ahkak ni la ye, eloklah naikkan sikit. sekarang ni harga barang dan perkhidmatan berlumba2 naik, molek sangat la kalau mas kawin pun naik sama kan. baru selarian katanya. jangan risau, ramai je yang kawin jugak walaupun harga mas kawin naik...banyak eh negeri2 lain yang dah implement ratus2an harga mas kawin. dan ada yang mampu membayar lebih dari yang sepatutnya, alhamdulillah rezeki badan.

Cuma yang menjadi bebanan pada sesetengah pasangan adalah duit hantaran. kesian pasangan yang bercita2 nak menghalalkan hubungan tapi terhalang dek kerana tak mampu menyediakan duit hantaran. antara mas kawin dengan duit hantaran, mana yang lebih wajib penting untuk sesebuah perkahwinan?  

Mas kawin tu kan hak mutlak perempuan/isteri, pada pandangan uolsss adakah harga mas kawin tu begitu reasonable di zaman kini.
  
Hari ni hari terakhir ahkak bekerja dan akan start bercuti sehingga new year nanti. pada yang akan bercuti sama, sebelum meninggalkan rumah tu pastikan semua tingkap dan pintu berkunci dengan betul ye. kita bercuti tapi ramai yang "bekerja", ingat tu. jangan mereka buat kerja dekat rumah kita pulak. berhati2 di jalan raya sekiranya memandu. ahkak punya mood bercuti dah auto ON dek...

5 comments:

Miss Mirror a.k.a Sam said...

Topik hangat ni Ann...hehe..
Harap2 adik2 yg dpt hantaran tinggi2 tu jgn la dihabiskan semua utk majlis semata2, simpan sebahagiannya utk masa depan.. almaklum ler zmn skrg ni, lelaki pelbagai ragam. Kurang2 klu ada simpanan.. boleh la guna waktu2 terdesak.

anis abdullah said...

Itu harga minima. Boleh dinaikkan kalau mahu. Better than sorang bapak kat yaman nak ganti maskahwin dengan 1juta FB LIKE

mizz miaizzati said...

kalau cakap bab mas kawin ni..tak salah kalau bagi lebih..hehe lagi pun dengan duit mas kawin tu boleh la beli emas seutas untuk kenang-kenangan..macam saya dulu, memang minta lebih..saya rasa ada kot orang pandang serong..tapi dengan duit tu la saya beli rantai..

QasehnyaRania said...

mas kawin sy pon ratus je.hihi
ooo, bercuti ye. selamat bercuti. betul tu. kena kunci betul betul. in shaa Allah.

Mimy Hamid said...

ku KL RM80 hinggit je...beza jiran terdekat Selangor RM300 peh