Sunday, December 22, 2013

Menjemput vs mencari

Bahagian 2: Bab 11 - info yang diambik bulat2 (tidak ada ubah walau sedikit faktanya) dari buku MUDAHNYA MENJEMPUT REZEKI tulisan dari Saudara Fathuri Salehuddin...info ini berada di muka surat 53-57 dengan niat ingin berkongsi ilmu sesama kita.

Kita tidak pernah tahu bila datangnya rezeki. Ia seperti panas dan hujan. Rezeki adalah hal ghaib.

Dan kunci-kunci semua yang ghaib ada pada-Nya; tidak ada yang mengetahui selain Dia. Dia mengetahui apa yang ada di darat dan laut. Tidak ada sehelai daun pun yang gugur yang tidak diketahui-Nya. Tidak ada sebutir biji pun dalam kegelapan bumi dan tidak pula sesuatu yang basah atau kering yang tidak tertulis dalam Kitab yang nyata (Laut Mahfuz).

(Al-An'am 6:59)

Perintahkanlah keluargamu bersolat dan bersabarlah dalam mengerjakan solat. Kami tidak meminta rezeki daripada kamu. Sesungguhnya Kami yang memberi rezeki kepada kamu. Dan balasan baik bagi orang-orang yang bertakwa.

(Thata 20:132)

Menjemput rezeki memang lebih mudah berbanding mencari rezeki. Mencari bermakna kita tidak tahu tempatnya.

Firman Allah SWT bermaksud:

Wahai manusia! Ingatlah akan nikmat Allah kepadamu. Adakah pencipta selain Allah yang dapat memberikan rezeki kepadamu dari langit dan bumi? Tidak ada Tuhan selain Dia; maka mengapa kamu berpaling (dari ketauhidan)? 

(Fatir 35:3)

Firman Allah lagi bermaksud:

Dan sesiapa bertakwa kepada Allah nescaya (Dia) akan jadikan baginya jalan keluar. Dan (Dia) akan berikan rezeki padanya dari arah yang tidak (ia) sangka. Dan siapa yang bertawakal kepada Allah maka Dia mencukupinya. Sesungguhnya Allah Maha Melaksanakan perkara-Nya. Sungguh Allah telah menjadikan bagi segala sesuatu ketentuan.

(Ath-Thalaq 65:2-3)

No comments: