Tuesday, December 10, 2013

Penanggal

Nak kata movie ni seram sangat, rasanya biasa2 je kot. saya yang agak2 menebal jugak rasa penakutnya, boleh stand lagi menonton movie ni. pemilihan dari segi pelakon utama adalah amat bagus, saya suka watak murni dgn syed yusoff dan watak ni aja yang paling menonjol dari mula cerita sampai ke akhir. ada jugak watak yang saya rasa, kalau watak tu takde pun tak terkesan kot. 

Watak murni yang dilakonkan oleh Ummi Nazeera memang hebat la. dia ni pun alahaiiii cantiknya. ini baru dinamakan wanita melayu asli, takde kacuk2 punya. memang sesuai wajahnya untuk watak2 serikandi melayu.

Watak syed yusoff pula dilakonkan oleh Azri Iskandar. padannya sangat, bininya kalau tak salah pengarah movie ni kan. lakonannya memang best, seni mempertahankan diri pun mantak cantik je saya tengok badannya beraksi. cuma yang nampak plastik hanyalah lense biru tu, orang arab2 ni mata biru ke semuanya...

Watak hantu penanggal taklah seram sangat, takde adegan terkejut2 tahap tertumpah air minuman pun. susunan cerita yang agak mengelirukan, sekejab murni tu kecik sekejab besar dan ada tu pulak murni tu kecik besar...eh pening da. 

Banyak je watak lain selain watak murni dengan syed yusoff tu tapi saya tetap tak merasakan watak yang lain2 tu membantu dalam movie ni. seperti saya katakan sebelum tadi, sekiranya watak2 diorang tu takde pun takpe...cukup sekadar watak utama je, jimat cost pengambaran gitu hiksss. lagi kecewa, diakhir cerita banyak watak yang tak tau apa kesudahannya...gantung tak bertali gamaknya. rasa tertipu pun ye jugak, bila tengok the making of tu kemain sedap lagi jalan ceritanya.

Okaylah meh tengok sinopsis cerita dan trailernya sekali. tunggu Astro 1st la ye, wayang dah nan ada lai. 

 

Penanggal mengisahkan mengenai Murni (Ummi Nazeera) yang dibela oleh neneknya, Mak Ajeng (Normah Damanhuri) yang berketurunan Jawa selepas kematian orang tuanya akibat dimakan haiwan buas di hutan.
  
 Mak Ajeng, yang mengamalkan ilmu hitam, terpaksa menyerahkan saka penanggal miliknya kepada Murni pada saat kematiannya. Bagaimanapun, akibat diburu penduduk kampung, Murni terpaksa melarikan diri ke hutan.

Pertemuannya dengan Anom Merah (Nadia Mustafar) yang sarat mengandung, mengundang kemarahan orang kampung selepas mendapati ada tanda di leher Murni. Hampir dibunuh penduduk kampung, Murni kemudian diselamatkan Syed Yusoff (Azri Iskandar).

Kematian Anom Merah ketika melahirkan anak, akibat diserang penanggal turut menimbulkan kemarahan si suami, Jiwa (Yus Waisar).

Syed Yusoff pula cuba menjejaki Murni sehingga ke tengah hutan. Kehilangan Syed Yusoff merisaukan adiknya, Syed Umar (Zul Ariffin) serta tunang Syed Yusoff, Sharifah Zahrah (Fasha Sandha). Mereka dan orang kampung cuba mencari lelaki itu sehingga tengah belantara sebelum menemui pondok didiami Murni. 
 
 

8 comments:

msredcheesecake said...

Akk sgt suka umi nazeera ... Cantik dn pandai berlakon...

norh said...

Kalau bab cerita or drama hantu..terus norh tukar siaran...hehe

CD said...

kawan zizie ckp xbest.. terus la xnak pergi.. kena tunggu ada org download la gamaknya.. hehehe... zizie suka lakonan azri iskandar.. hehe..

AisNy said...

Macam menarik jer...

Azhafizah MN said...

tak berani nak tengok lagi..seram je

Suria Amanda said...

i jenis penakut..x berani tgok citer hantu..hehehhehe

dear anies said...

sy kalu tgk cite hantu bkn seram tp asik tergelak je

Unknown said...

ada la org bgtau Mata raja azri mmg warna biru.. xpernah jumpa dia live so xleh nk konpom