Wednesday, December 4, 2013

Rak Thai Mid Valley

Malam tadi dinner with my laki at Rak Thai, Mid Valley, tempat best dan harga pun berpatutan untuk big portion makanan yang dihidangkan. saya suka pegi ke resto ni, sambil makan sambil boleh membeli jugak perencah2 tomyam dan sos thai yang ada di jual sekali di sini. 
 
Lemongrass Juice, sangat suka dengan air ni dan sangat suka datang makan dekat resto ni. almost every time ke MV, pasti datang makan di sini. 

Tom Yam Chicken, cukup masam pedasnya. boleh berpeluh2 sambil menghirup sup. saya tak larat nak makan banyak, panas perut dibuatnya.

Green Curry Chicken, makanan di sini amat memenuhi cita rasa saya...sedap2 belaka. setiap kali makan di sini, pasti tak pernah tinggal green curry. sangat2 sedap.

 Stir Fried Kangkung

Crispy Fried Fish with Lemongrass, ikan ni sangat garing sampai tulangnya pun boleh di kunyah lagi kalau mampu. rasanya yang saya paling suka, masam2.

Gigih abang ni menghabiskan sup tom yam tu, pedas sedap pedas sedap katanya...sambil kesat hingus meleleh.

Pada sesiapa yang berminat nak mencuba makanan di sini, resto di bersebelahan dengan Big Apple on the way nak ke The Garden tu. 

1 comment:

msredcheesecake said...

Seb baik dah makan... Kalu tak mesti terus lapar...hheee