Sunday, December 8, 2013

Rezeki, apakah bertambah atau tidak?

Bab 08 - info yang diambik bulat2 (tidak ada ubah walau sedikit faktanya) dari buku MUDAHNYA MENJEMPUT REZEKI tulisan dari Saudara Fathuri Salehuddin...info ini berada di muka surat 36-40 dengan niat ingin berkongsi ilmu sesama kita.

Sifat-sifat rezeki yang mesti kita ketahui:
  • Rezeki tidak tunduk kepada sebab-sebab yang dibuat oleh manusia.
  • Rezeki hanya tunduk atas kehendak Allah.
  • Allah boleh beri rezeki kepada sesiapa sahaja dengan tidak terhitung banyaknya.
  • Kehentak Allah adalah mutlak. Allah yang menambah dan mengurangi rezeki dengan kehendak-Nya.
Sekarang mari menghalusi janji Allah di bawah ini. Allah berfirman:

Atau siapakah yang dapat memberimu rezeki jika Dia menahan rezekinya? Bahkan mereka (yang musyrik itu) terus-menerus dalam kesombongan dan menjauhkan diri (daripada kebenaran).

(Al-Mulk 67:21)

Daripada Abdullah bin Mas'ud r.a., dia berkata Rasulullah saw bersabda:

Tiada masuk syurga orang yang dalam hatinya terdapat sebesar biji sawi daripada kesombongan.

(Riwayat Muslim)

Pahrol Mohamad Juoi di dalam bukunya Nota Fikir untuk Zikir menukilkannya dengan indah:

"Pandanglah semua yang berlaku ke atas kita ada tujuan tertentu, maka barulah hidup kita sentiasa bertujuan. Kata ahli-ahli sufi, setiap yang berlaku dalam hidup adalah 'mehnah'- maksudnya didikan terus daripada Allah. Mereka berpendapat bahawa apa sahaja yang berlaku dalam hidup adalah ujian dan ujian itu hakikatnya adalah didikan terus daripada Tuhan."

Tulis beliau lagi:

"Jika seseorang datang membuat kita marah, maka dia adalah 'guru' yang hendak mengajar kita erti sabar. Jika kita selalu kesempitan wang maka itu tandanya kita harus bersedia belajar tentang berjimat cermat. Jika kita rasa kita sedang dikecewakan, itu menunjukkan kita sedang belajar untuk membina sikap terlalu mengharap."

7 comments:

Amanina Mads said...

semoga rezeki bertambah.. anibb

fazitaismail said...

betul tu..
semuanya atas kehendak allah swt..

Daddy Ziyyad said...

Memang benar.
Dan kata ata Ustaz Pahrol tu, sangat tepat...rindu akan suaranya di radio IKIM

Rai Ourkizuna said...

terima kasih atas perkongsian kak.. nanti share lagi tau..

Ena's Stories said...

nice sharing..tq dear
moga rezeki Ann juga bertambah dengan ilmu yang dikongsikan bersama..

Azhafizah Md Nor said...

Masing² ade rezeki..yang penting usaha :)

QasehnyaRania said...

betul. kena usaha. in shaa Allah