Monday, December 2, 2013

Susur galur demam

Badan dah mula rasa seram2 sejuk sejak hujung minggu lagi. ni dah budget, mesti kena jangkitan kengkawan yang ramai demam dekat office. bila dah duduk satu floor, berecon bagai...pengudaraan pun sama sedut jugak, memang confirm mendapat jugak firus demam. 

Di tambah pulak hujung minggu yang lepas, saya join larian dekat Putrajaya. masa acara tu badan rasa okay, malamnya dah dedar tapi cepat2 makan ubat demi nak baik boleh lari nanti. sepanjang acara berlansung, saya boleh berlari dengan jayanya jugak...nanti saya up cerita tu ye. selepas selesai di Putrajaya, pegi pulak ke AU2...minum kopi kemudian diteruskan perjalanan ke Bellamy, layan tekak teringin nak makan ikan bakar. selepas tu baru balik rumah dah selamat tido sampai ke petang dah sipi2 nak masuk ke malam pulak.

Dah segar badan, layan pulak ini si comel. mengada manja ni kemain sangat... bakul merah tu jadi tempat tido dia je, tak muat pun dia buat muat jugak.

Bertemankan buah mangga tu, buat bantal peluk gamaknya. tak dibaginya orang nak ambik buah mangga tu...geram je tengok.

1 comment:

msredcheesecake said...

chomel nye simanja tu... bismillahi syafi... semuga sihat selalu