Thursday, January 2, 2014

2nd day of 2014

Ada baca dalam Harian Metro hari ni mengenai "Ugut Teman Wanita Supaya Jangan Mandi".

Segamat: Akibat cemburu buta, seorang lelaki meminta teman wanitanya tidak mandi selama beberapa hari bagi memastikan tiada yang tertarik apalagi mahu memikatnya.

Selain itu, remaja berusia 16 tahun  berkenaan juga tidak dibenarkan menghias diri ketika berada di khalayak ramai.

Dia dilarang bersolek apalagi mengenakan gincu dan tidak boleh memakai minyak wangi. 

Jika ingkar dengan permintaan itu, remaja berkenaan yang hanya mahu dikenali sebagai Ani akan dibelasah.
“Sepanjang setahun kami bercinta, sudah tiga kali saya dibelasah, tetapi kerana sayang dan dia sentiasa berjanji mahu berubah, saya teruskan juga hubungan,” katanya. - Harianmetro

My comment, giloz apa budak baru 16 tahun dah pandai nak bercinta2 bagai...hidup pun belum tentu mana arah tuju dah bebankan diri dengan melayan boipren mental disaster macam ni. baik tumpukan pada pelajaran dek, besok kalau tak lulus pekso...kawin jo dari susahkan makbapak.

Entah apa nak jadi dengan generasi gen XYZ ni, yang pandai tu memang sangat kagum tapi yang 'terlebih' pandai ni susah nak describe. jagalah diri sendiri, tak pun tolong jaga nama baik makpak masing2. 

Hari ni sesi persekolahan 2014 sudah bermula dengan macam2 kisah anak2 di sekolah. saya pergi keja macam biasa cuma kena keluar rumah awal dari kebiasaan untuk hari ni demi mengelakkan jam. macam biasa jalan ke Dataran Merdeka masih lagi tutup, kena pusing jauh sikit tapi takpe...keadaan terkawal.     

Sedap lunch dengan kawan2 office hari ni selepas 2 minggu tak jumpa. cuti sakan mak jemah gamaknya ye...

Semoga hari seterus2nya memberi lebih keceriaan dalam diri kalian semua, ameen :)

5 comments:

asyifa mustaffa said...

Syang apanya gitu...gilo! Pedulikan la hai lelaki cmtu....aduhaiii bebudak skrng nih.. !

Bitt (double IS) said...

Uwaa ngerikkkk mak napak dia tak sayang dia ka...sampai menagoh cinta diluar..sobss

Khai♥Rin : anies said...

giler punya manusia..kalu syg tu biar la berpada2

::EIDA:: said...

kahkahkah.. kalau ida dah tinggalkan daaaa laki jenis tu.. ntah papee. hhahhahha

anis abdullah said...

Pengsan bau budak tu. Mesti busuk tak mandi. Gila apa. ..