Friday, January 10, 2014

Bakar Kereta Kerana Cinta Terhalang!

Seronoknya hari ni, Jumaat...tak sabar nak menempuh hari minggu. boleh berehat, bangun tido pun lambat. dah plan untuk hujung minggu ni kalau boleh tak mau keluar ke mana2 langsung selain dari jogging keliling taman, beli bahan2 untuk di masak di rumah, tengok tv di rumah dan segala2nya di rumah la.

Hari ni saya tertarik dengan satu cerita ni, meh saya kongsi di sini;

Segamat: Gara-gara hubungan cinta dihalang, seorang lelaki sempat mengejutkan teman wanitanya daripada tidur sebelum meminta melihat dia membakar kereta milik bapa wanita berkenaan, kelmarin.

Dalam kejadian pada jam 3.30 pagi di Taman Seri Chaah, Chaah di sini, lelaki berusia 25 tahun itu memanggil nama teman wanitanya sebelum wanita berkenaan menjenguk melalui tingkap bilik.

Ketua Polis Daerah Superintendan Mohd Kamil Sukarmi berkata, lelaki terbabit kemudian meminta wanita itu menyaksikan dia membakar kereta PROTON Wira berkenaan dengan sejenis bahan bakar.

“Wanita berusia 20-an yang terkejut dengan tindakan itu terus mengejutkan keluarganya.

“Usaha keluarga berkenaan memadamkan api gagal manakala pasukan bomba dan penyelamat yang tiba kemudian tidak sempat menyelamatkan kenderaan berkenaan yang hangus keseluruhannya,” katanya, semalam.

Wanita berkenaan berada di rumah keluarganya kerana sedang bercuti daripada pengajian di sebuah institusi pengajian tinggi awam (IPTA) di utara tanah air.

Menurut Mohd Kamil, bapa wanita berkenaan yang berusia  50-an dan bekerja di sebuah syarikat swasta di pekan Chaah  melaporkan kejadian di Balai Polis Chaah.

Mohd Kamil berkata, pihaknya menahan suspek di sekitar pekan itu tidak lama kemudian.

“Suspek  warga tempatan dan tidak mempunyai pekerjaan tetap. Dia kini direman bagi membantu siasatan.

“Berdasarkan siasatan awal, suspek mendakwa tidak puas hati dengan tindakan keluarga wanita berkenaan yang tidak merestui hubungan mereka,” katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 435 Kanun Keseksaan kerana khianat menggunakan bahan bakar.

Pada yang boleh saya komen, betul ke tidak budak lelaki tu...sikit punya marah lagi. belum jadi menantu dah tunjuk belang kan, baik tak payah masuk list jadi menantu pilihan pun. pada saya seseorang yang dah berusia 25 tahun, sudah selayaknya bijak menentukan baik buruk setiap tindakan. dah la dengan tidak mempunyai pekerjaan yang tetap, adoiiiiiiiiiii macam mana nak menampung hidup anak orang ni.

Kena berubah kalau nak orang menerima kita, tak boleh nak main seadanya zaman sekarang. especially emotional tu yang sangat2 perlu diperbaiki dulu, la ni bakar kereta orang...lepas ni tak tau apa pulak yang dibuatnya.
   
Semenjak menggunakan Coway, semua ahli keluarga saya juga menggunakan Coway tapi tak seorang pun yang menjadi ahli. ada seorang kawan yang berminat nak menggunakan Coway tapi saya recommend my laki punya contact la, pepandai dia nak deal macam mana nanti.

4 comments:

Haruno Hana 하나 said...

ada terbaca pasal ni... gila la lelaki tu, sebab cinta terhalang sanggup ancam macam tu.. nasib baik bukan pergi bakar ayah perempuan tu terus :(

munna said...

Mcm2 lah.... Tu belum kahwin lagi... Kalau dah kahwin nanti silap org pun dia sanggup bakar.... Semoga dijauhkan org sedemikian dgn keluarga kita

- said...

alahai... mmg patut ler parent pompuan tu tak restu.. blom jadi menanti dah nampak sikap dia tu kan... huhuhu

Azlan Strider said...

bakar kereta milik bapa perempuan itu??apa salah bapa dia???bodoh nyer jantan...

Regards,
-Strider-