Tuesday, January 21, 2014

Bayi Meninggal Di Rumah Pengasuh Putrajaya Lagi

Lagi kejadian bayi meninggal di rumah pengasuh tetapi kali ini tidak diketahui puncanya. pengasuh sudah cuba memberi bantuan dah sempat dibawa ke hospital tetapi dah tersurat sampai di situ saja. punca kematian masih tidak diketahui dan hanya akan diketahui dalam masa 4 bulan lagi, wahhhh punya la lama buat penyiasatan ek. dalam keadaan begini, susah kita nak mengetahui dengan lebih tetap punca kematian pun since bayi ni tiada tanda2 tercekik susu or terjatuh. 

Mesti pengasuh tu pun risau kan, ye lah perkara ni terjadi semasa dibawah jagaannya. walaupun ini telah ditakdirkan tapi natijahnya kita tak pasti, Ya Allah jauhkanlah segala kejadian seperti ini dari ahli keluarga ku serta sahabat2 ku...

Di bawah ni artikal tersebut, baca la ye:

Putrajaya: Seorang ibu tidak menyangka pelukan erat anak bongsunya sebelum dihantar untuk asuhan pagi kelmarin, menjadi petanda bayi berusia 10 bulan itu akan meninggal dunia di rumah pengasuh.

Ibu bayi berkenaan, Norzilawati Ahmad Atik, 35, yang juga kakitangan kerajaan mengakui Muhammad Irsyad Alizan Mohd Yazid memang manja tetapi pelukan bayinya pagi kelmarin, dirasakan luar biasa kerana lebih erat.

“Awal pagi kelmarin, Irsyad yang sudah dipakaikan stokin merapati saya mahu didukung ketika hendak dihantar ke rumah pengasuhnya. 

“Dia peluk saya dengan kuat. Saya sempat berkata padanya kenapa manja sangat ni dan dia terus peluk erat tanpa menyangka itulah petanda dia akan pergi buat selama-lamanya,” katanya ketika ditemui di rumahnya, di sini semalam.

Beri bantuan pernafasan
Irsyad yang juga anak ketiga itu, disedari meninggal dunia ketika pengasuhnya cuba membangunkan bayi terbabit jam 10 pagi untuk diberi makan.
Pengasuh yang pernah bekerja di TASKA selama lima tahun, cuba memberi bantuan pernafasan mulut ke mulut (CPR) apabila tidak dapat membangunkan Irsyad, namun tidak berhasil.

Norlizawati berkata, pada hari kejadian beliau dan suami, Mohd Yazid Hamzah, 39, menghantar bayi itu untuk asuhan jam 7.30 pagi sebelum pengasuh terbabit menelefon sambil menangis teresak-esak.

Katanya, kejadian itu mencetuskan rasa curiga kerana selama ini pengasuh bayinya tidak pernah menelefon beliau, tetapi sebaliknya hanya berbalas pesanan.

“Saya bergegas ke rumah pengasuh dan ketika itu dapat melihat mata Irsyad masih berkelip-kelip ketika dikejarkan ke Hospital Putrajaya (HPj) bersama pengasuh serta suaminya. Malah doktor turut menyatakan bayi berpeluang diselamatkan.

“Namun, hati saya sukar menerima kenyataan apabila doktor mengesahkan Irsyad meninggal dunia jam 11.15 pagi. Tidak sangka cerita yang kerap dibaca dalam akhbar, turut menimpa saya,” katanya. 

Punca kematian disiasat

Beliau berkata, punca kematian Irsyad belum diketahui kerana hasil bedah siasat hanya akan diperoleh empat bulan lagi tetapi doktor memaklumkan ia tiada kaitan dengan tersedak susu atau terjatuh.

Katanya, beliau tidak menyalahkan pengasuh terbabit, sebaliknya menganggap kematian bayinya yang sudah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Presint 20 di sini selepas solat Maghrib kelmarin, sebagai takdir.

Berpegang pada satu, dariNYA kita datang dan kepadaNYA kita kembali. baru hati tenang menerima segala ketentuanNYA.

Tadi lunch dekat KLCC, early lunch sebelum balik ke Dayabumi. begini la gamaknya setiap hari, mane dan kita sambar je...Time is GOLD nowhere days.


8 comments:

Azhafizah Md Nor said...

hot issue taska sekarang kan..risau la parents nak anta anak ke taska skang ni..alfatihah untuk arwah bayi..

Rai Ourkizuna said...

Allah sedihnya kak.. semoga parents tu bertabah hati..insya allah anaknya pergi ke tempat yg lebih baik lagi..

wantie said...

sedihnya.. baca ni pun dah sedih sangat. kalau kena kat anak sendiri. Ya Allah. mintak di jauhkan. kerana akak tak setabah mereka.

Khai♥Rin : anies said...

Alfatihah utk arwah

Che Rosliza Che Mat said...

Sekarang nie macam2 isu pengasuh..

Kesuma Angsana said...

lepas satu kes kematian bayi dlm jagaan pengasuh ni kan.. entahlah!

Alynn Nyzaa said...

Macam2 kes la sekarang ni..
Sedih bila baca satu2 hal tu.
Takziah untuk keluarga arwah bayi tu.

Salam kenal. :)

http://alynnnyzaa.blogspot.com/

Nora Karim said...

Sedih berita ni... Moga kedua ibu bapa tabah menghadapi ujian ini...