Monday, January 13, 2014

Dikurung & Dirogol 4 Hari Oleh Romeo Siber and The Loaf

Isnin lepas, kerja sehari selepas tu cuti balik. ikutkan hati malas nak pegi kerja tapi turutkan rasa pegi jugak la coz boleh habiskan kerja yang bertimbun tu.

Hari ni ada news menarik nak dikongsi bersama, masalah alam siber yang tak pernah nak habis ni;

Subang Jaya: Seorang jururawat berusia 25 tahun terpaksa mengambil masa empat hari untuk mencari jalan meloloskan diri daripada menjadi ‘tawanan’ seorang Romeo Siber yang mengurungnya di sebuah rumah di Seksyen 19.

Mangsa yang dikurung sejak Sabtu lalu dan tidak mempunyai akses untuk menghubungi orang luar, berjaya melarikan diri kira-kira jam 4 pagi semalam selepas menemui kunci pendua rumah itu hasil usahanya sejak dia mula dikurung suspek.

Dalam keadaan keletihan, mangsa juga dilapor terpaksa berjalan hampir 200 meter sebelum dibantu orang awam yang menghantarnya ke Balai Polis Subang Jaya bagi membuat laporan mengenai kejadian itu.

Menurut sumber, sepanjang dikurung, mangsa mendakwa dirogol beberapa kali oleh lelaki berusia lewat 40-an itu, selain gambar bogelnya turut dirakamkan lelaki terbabit.

Difahamkan Romeo Siber yang hanya bekerja sebagai pemandu di sebuah syarikat swasta itu juga dipercayai sudah memperdaya sekurang-kurangnya tiga wanita muda melalui Facebook (FB) sejak enam bulan lalu dengan menggunakan modus operandi sama.

Pada komen saya, kenapa harus percaya dengan orang yang baru di kenali di alam siber seperti FB ni. orang yang kita jumpa depan mata pun payah nak percaya wehhh. tak semua orang yang dalam FB tu tidak boleh dipercayai tapi ada jugak kan...bukan tak pernah terjadi kes macam ni. kiranya mamat Romeo Siber ni memang hebat la, boleh mempengaruhi minah ni dengan awat powernya kot hikssss. itulah dia dunia zaman siber ni, ada je yang nak mengambil kesempatan. 

So far tidak diketahui pulak susur galur keturunan mamat Romeo Siber ni, tah tah negro ke mamat saleh celup ke...yang stock muka boleh cair hati minah2 yang melihatnya. mujur saya memang takde sangat nak berFB ni, FB tu hanya sebagai saluran internet shopping dan games semata...update, sangat jauh sekali.

Petang hari Isnin lepas, saya ke Pavi...looking for something. after done, terus pegi The Loaf...dah rindu sangat with an array of buns and pastries with the aroma of freshly-brewed coffee. 
   
  Cappucino Hot RM27
Mushroom Soup RM18, love this taste. it’s not too salty nor buttery, just smooth, nice and rich with mushroom flavours. it is neither too creamy nor powdery, just perfect!
Crayfish Bisque RM19

3 comments: