Thursday, January 23, 2014

Hentikan Rakam Gambar Jenazah!

Pernah mengalami situasi macam ni? tentu uolsss pernah mengalaminya kan. dengan technology serba canggih zaman sekarang, dengan alat komunikasi yang moden lagi hebat...sehingga ada yang terlalu teruja sampai tidak terfikir pasal sensitively insan lain. 

Saya selalu menerima gambar2 kemalangan tak kira di mana dan yang pasti gambar wajah mangsa pasti ada tak kira dalam keadaan serba lengkap or ngeri sekali pun. setiap kali terima gambar2 jenazah macam tu, saya takkan forward kepada orang lain, cukup la sekadar delete je. tapi sekiranya asyik berulang gambar2 berkenaan saya terima, memang saya akan sound je penghantar gambar tersebut supaya berhenti menghantar gambar2 jenazah ni dan saya akan katanya padanya, "sudah2 la tu". sekiranya dalam ramai2 yang dok forward gambar tu tersangkut la pulak pada ahli keluarga jenazah sendiri, apa perasaan mereka bila mana melihat gambar jenazah ahli keluarga mereka tersebar dalam keadaan yang mungkin memilukan...tak ke sedih tu. oh haiiiiiiiiiiiiiiiii sila pakai akal sikit kalau nak forward2 gambar ni.

Perkara ni memang terjadi, meh baca artikel ni:

Kota Kinabalu: “Tolonglah, jangan ambil atau rakam gambar mayat anak saya. Lebih baik kamu (orang ramai) sedekah bacaan surah Yasin,” kata Jovita Tabandih, 36, apabila mayat anaknya, Mohd Arnuld Amin, 17, yang ditemui di tasik berhampiran Institut Latihan Perindustrian (ILP), Jalan Sepanggar, dekat sini, cuba dirakam gambarnya oleh orang ramai, semalam.

Mayat Mohd Arnuld yang juga pelajar tingkatan lima Sekolah Menengah Kebangsaan Likas, di sini, ditemui sepasukan Unit Skuba dari Balai Bomba dan Penyelamat Malaysia Kota Kinabalu   lima meter dari lokasi mangsa lemas pada jam 9 pagi, semalam.

Difahamkan, Jovita yang berada di lokasi kejadian menangis sebaik dimaklumkan mayat anaknya ditemui sebelum memeluk erat mayat terbabit.


Ketika itu, orang ramai cuba mengambil gambar mayat anaknya melalui telefon bimbit menyebabkan Jovita menghalang supaya mereka tidak berbuat demikian.

Jovita meminta orang ramai   membacakan Yasin sebelum dia bersama ahli keluarganya membaca surah berkenaan sementara menunggu kenderaan polis membawa arwah ke bilik forensik Hospital Queen Elizabeth (HQE), di sini.

Jovita yang ditemui di pekarangan bilik forensik HQE berkata, dia hanya dimaklumkan kejadian   menimpa anaknya lima jam selepas arwah lemas ketika mandi bersama rakan  di tasik berkenaan.


“Saya dimaklumkan  jam 8 malam oleh anggota polis yang mengatakan anak saya hilang ketika mandi di tasik berhampiran ILP, Jalan Sepanggar. Saya terus memanggil ahli keluarga sebelum bergegas ke lokasi untuk mencari, namun gagal menemui arwah.

“Sebaik operasi disambung semula, mayat arwah kemudian berjaya ditemui di tasik terbabit,” katanya.
Menurutnya, arwah baru sebulan menamatkan pengajian al-Quran dan tidak disangka meninggalkan mereka sekeluarga buat selamanya.

“Allah lebih menyayanginya dan saya amat reda dengan apa yang terjadi walaupun amat sukar untuk diterima.

Saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak berkuasa yang membantu mencari arwah.    “Begitu juga dengan Ahli Dewan Undangan Negeri Karambunai yang juga Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna negeri Datuk Jainab Ahmad yang  prihatin kerana sanggup bersusah payah bukan saja melawat di tempat kejadian, tetapi turut datang menziarah di hospital,” katanya. 

Supaya perkara2 seperti ini tidak lagi berlaku selepas ini. semoga kita serta seluruh ahli keluarga kita dilindungi olehNYA. 

Ada kawan nak petai. saya baru balik dari kampung, pokok petai tengah meriah sekarang ni. bawak balik KL agak banyak jugak papannya dan dah jadi rezeki jiran2 seblog dengan saya ni. 
 
Dan yang ni untuk my friend, my friend kata meriah buat sambal udang petai hari ni. okay sila buat dan kirim dekat saya nanti ye (^o^)

1 comment:

Zamani Abe said...

apa lah perasaan ahli keluarga bila ia disebarkan