Thursday, January 9, 2014

Ikan Siakap 3 Rasa

Sambil2 layan Pencetur Ummah Mimbar Akhir malam ni, entry ni pun sambil2 sempat siapnya.  saja nak share menu hujung minggu lepas saya, Ikan Siakap 3 Rasa.

Terus je la ek ke resepi, racangan ni tak habis lagi...syokkk wo layan;
 
Bersihkan ikan siakap dan perap dengan jus limau dan sedikit garam. selepas itu bolehlah dibilas dan toskan. selepas itu lumur ikan dengan serbuk kunyit, garam, tepung jagung dan akhirnya goreng dalam minyak yang banyak. masak sehingga ikan menjadi garing, diangkat dan toskan.

Sementara itu, dalam kuali yang lain...panaskan minyak. tumiskan bahan2 cincang seperti bawang merah, bawang putih, halia muda dan cili merah sehingga naik bau. kemudian masukkan bahan2 sos seperti cili kisar, sos tomato, sos plum, gula, sos cili, jus limau nipis, kicap manis dan sos ikan bersama air dan kacau rata.

Selepas itu masukkan pula bahan2 hirisan seperti bawang besar, batang saderi, daun ketumbar, bunga kantan dan daun limau purut. masak sehingga mendidih.

Akhir sekali, tuangkan kuah tersebut ke atas ikan siakap yang telah digoreng garing tadi. sedia untuk di makan.

Saya memang suka sediakan ulam2an setiap kali makan di rumah. bila dah ada ulam2an mesti kena ada mencoleknya jugak, kali ni saya sediakan sambal tempoyak dengan sayur goreng.
 

6 comments:

Tie HT said...

ada ulam jadi berseri2 menu
kena plak ikan siakap..perghhh :)

aziazib said...

nampak sedap.

Unknown said...

lama tak makan ikan siakap.. next time nak beli.. terliur..hahaha..

Suria Amanda said...

tgok di kala tgh overtime..terus lapar perut...sabar jer la...

munna said...

Munna tak tahu ngapa ulam2 yg mentah ni mmg tak boleh makan... Kalau celup ok je

Umialya said...

akakpn masak ikan siakap hari ini