Wednesday, January 8, 2014

Kemaluannya Dijerut Oleh Kumpulan Jubah Hitam & Mohd Chan Abdullah Bangi

Saya away day selama dua hari di Grand Hyatt Kuala Lumpur siap residential sekali. hotel tengah grand sekarang ni, harus nikmati sepenuhnya. saya tak buat review la, ni urusan kerja memang tak pernah dapat tempat dalam blog ni. tunggu la kalau ada rezeki dan stay secara sendirian berhad, insyaAllah akan direviewkan pasal hotel ni ye.

Nak citer pasak kejadian pelik ni, pelik bagi saya tapi tak tau pulak pada pandangan uolsss;

Rawang: Diculik kemudian dibogelkan sebelum dibalut kain putih seperti dikafan dan seterusnya dipuja dari waktu Maghrib sehingga Subuh. Itu pengalaman menakutkan yang dilalui seorang remaja, selama tiga hari.

Remaja Itu Yang Hanya Mahu Dikenali Sebagai Azmi, 19, Berkata Lebih Menyeksakan, Kumpulan Individu Berjubah Hitam Itu Turut Menjerut Kemaluannya Selain Menderanya Dengan Pelbagai Cara Apabila Dia Melawan.
Azmi berkata, dia diculik ketika berjalan kaki untuk ke kedai berhampiran rumahnya di sini kira-kira jam 5 petang pada 1 Januari lalu, sebelum dibebaskan pagi Sabtu lalu.

Menurutnya, kejadian diculik dan dipuja itu bukan kali pertama berlaku ke atasnya, malah yang keempat dengan tiga kejadian lagi berlaku pada Jun dan November lalu.

“Dalam kejadian pertama pada Jun serta kedua dan ketiga pada November tahun lalu saya diculik hanya satu malam dan jumlah individu terbabit sekitar tujuh hingga 10 orang saja.

My komen, tak berapa nak paham dengan maksud para akhir tu, remaja tu dah pernah diculik orang individu yang sama, untuk tujuan yang sama jugak. adalah ini antara cara2 pemujaan bagi ajaran sesat, eh ajaran sesat ada ke pemujaan ni...ishhh pelik. 

Ada jugak keraguan dengan beberapa keping gambar yang telah tersebar, tapi saya merasakan gambar itu diambik lepas remaja ini dibebaskan agaknya. muskil betul pala ni, apa punya ajaran yang individu tu amalkan ek.

Semalam saya + my laki dinner di Bangi. tujuan utamanya untuk bertemu dengan seseorang di sana lalu langsung makan di Mohd Chan Abdullah Restoran.
    
 untuk dua jenis Dim Sum ni RM7.60

 Kedondong Asam Boi RM3.50 dengan Chinese Tea RM4. me love the kedondong juice tu

 Itik Panggang RM16

Four Seasons Special RM 15 + nasi putih 2 pinggan

5 comments:

munna said...

Kadang2 kalau baca metro ... Mmg macam2 berita hangat dalam tu.... Sedap nampaknya makanan tu semua

Irfa said...

mmg pelik sgt berita tu
tp menu tu nampak sgt menyelerakan

wahida said...

mmg pelik berita tu dan tak paham pun ye...huhu...

Emma said...

iye-iye je ingat betul.. last2 kena tipu...

Siti Asiah said...

Asiah suke Dim Sum dia...10 ketui pon habis...Asiah pg kat cawangan Bukit Beruntung.