Friday, January 3, 2014

Kenapa 'terlupa'

Lagi satu kes yang saya rasa pernah terjadi sekitar tahun lepas, tapi berulang lagi tahun ini :

Kuantan: “Kami terlupa, minta maaf.” Demikian kata seorang wanita berusia 39 tahun selepas anaknya yang berusia tiga tahun, Muhammad Arif Mohd Yusof ditemui tidak sedarkan diri sebelum disahkan meninggal dunia kira-kira jam 6.30 petang, semalam, selepas ditinggalkan dalam kenderaan selama kira-kira sembilan jam.


Bagaimanapun, keluarga mangsa yang ditemui di wad kecemasan Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), di sini, petang semalam, enggan mengulas lanjut mengenai kejadian itu dan menyerahkannya untuk siasatan polis.

Harian Metro difahamkan, kejadian berlaku apabila bapa mangsa yang berusia 41 tahun terlupa untuk menghantar anak bongsunya itu ke sebuah taska di Indera Mahkota, di sini, sebelum menyedari mangsa berada di bahagian tempat duduk belakang kenderaannya  kira-kira jam 5.30 petang, semalam.

Sumber berkata, pasangan suami isteri terbabit keluar dari rumah mereka di Kampung Pandan 2, di sini, kira-kira jam 7.30 pagi, semalam, bersama lima anak mereka untuk dihantar ke sekolah.

Katanya, bapa mangsa kemudian menghantar dua anak bersama isterinya yang bekerja sebagai pembantu tadbir ke sebuah sekolah menengah di Pandan, di sini.

My comment, macam mana ek boleh lupa anak dalam kereta...banyak sangat anak kot sampai tak boleh ingat semuanya. dulu kisah ni terjadi kepada seorang cikgu kan. kenapa harus cuai sampai macam tu sekali, anak sendiri kot...ahkak ni kalau anak kucing mati sakit pun dah rasa cukup bersalah, rasa macam nak hantuk kepala dekat dinding coz tak cukup baik jaga kucing tu. nampaknya macam perlu je parent ni dikenakan hukuman undang2 demi kecuaian/kelalaian, sebab ia still melibatkan nyawa walaupun nyawa anak sendiri.

Ye la taunya senang nak 'buat' anak ni tapi nak membesarkan anak bukan the small issue pung. ingat la uolsss sekalian, ada anak ke takde anak ke...please check keadaan kereta luar dalam sebelum tinggalkan. kita ni manusia biasa, wallet/handphone pun boleh tertinggal dalam kereta kan. bila teringat tu, mencicit nak pegi ambik semula, betul tak. 

Until now, saya masih tak boleh terima alasan 'terlupa' tu.

Antara project mega malam tadi;

cantik tak, sila puji ye...makcik ann sentap nanti

another cookies, boleh tahan jugak

si comot yang terlalu manja, alolololo kemain lagi duduk atas pangku. kalau la kucing besar ni terlupa nak dikeluarkan dari kereta...oh tidak

8 comments:

anamizu said...

hermm tu la kak.. xtahu nk ckp ape psl kisah cmni T___T

Unknown said...

Tu la kak.. Nak cakap lebih lebih pun.. Ssya ada anak.. Takut pusing balik kat kita..

msredcheesecake said...

Entahlah... Sy tak percaya dia nak benda tu jadi pada anak dia.... Lagipun ajal ni rahsia Allah.... Itu cuma penyebab kematian adik tu....

munna said...

sedih bila baca cerita mcm tu.... ntah mcamana boleh terlupa .....

Zam said...

benda dah nak jadi kan.. mmg sedih sgt..

appn comel si miau tu

Anis Azalea said...

Eh bg sikit tart tu. Leleh mak tengok ko masak..hehe

Unknown said...

kadang2 ini balasan...kpd ibubapa dr apa kesilapan samada pd diri sndiri atau pd org lain....so berhati hati lah hidup ni kan...

mrs adam said...

peh nmpk sedap dan cantik mknn2 tu.baca entri ni terus terliur tau.huhu