Friday, January 17, 2014

Menjemput rezeki dengan doa

Bahagian 2: Bab 16 - info yang diambik bulat2 (tidak ada ubah walau sedikit faktanya) dari buku MUDAHNYA MENJEMPUT REZEKI tulisan dari Saudara Fathuri Salehuddin...info ini berada di muka surat 78-82 dengan niat ingin berkongsi ilmu sesama kita.

Senarai waktu mustajab berdoa:
  • Waktu pagi sebelum terbit matahari, iaitu setelah selesai menunaikan solat Subuh.
  • Setiap lepas solat fardu.
  • Di antara zuhur dan asar. Juga di antara asar dan maghrib.
  • Waktu di antara azan dan iqamat.
  • Ketika bangun tidur.
  • Semasa solat, iaitu sebelum salam (selepas membaca tasyahud akhir).
  • Ketika hendak masuk dan keluar masjid.
  • Pada masa takbir solat hari raya (sela masa di antara takbir semasa solat).
  • Waktu di antara dua khutbah (khutbah Jumaat dan khutbah hari raya).
  • Waktu menziarahi makam Rasulullah SAW di Masjid Madinah.
  • Waktu melakukan urusan penting.
  • Waktu membaca doa qunut pada solat Subuh.
  • Pada masa mengadakan majlis dan upacara (yang bukan berbentuk maksiat).
  • Waktu ditimpa kesulitan, kecewa dan hati tidak tenteram.
  • Waktu bertemu kembali dengan sanak-saudara atau sahabat yang lama terpisah.
  • Waktu hujan turun.
  • Waktu hendak memulakan solat dan setelah selesai solat.
  • Waktu selesai khutbah 30 juz al-Quran atau selepas selesai membaca mana-mana ayat al-Quran.
  • Sewaktu sujud.
Apakah perkara yang besar dan utama pada seorang Islam?
  • Mohon diampunkan segala dosa.
  • Mohon taufik dan hidayah.
  • Mohon redha Allah.
  • Mohon masuk syurga tanpa hisab.
Dan doa-doa yang selalunya dimakbulkan Allah ialah apabila kita berada dalam keadaan seperti di bawah:
  • Orang yang terdesak.
  • Orang yang dizalimi.
  • Anak yang diredhai oleh ibu bapanya.
  • Ibu bapa yang disayangi oleh anak-anak.
  • Orang yang suka bertaubat.
  • Pemimpin yang adil.
  • Orang yang berpuasa dan sepanjang tempohnya sebelum waktu berbuka.
  • Orang yang bermusafir.
Dalam ceramah Prof. Muhd Kamil, beliau mengatakan:

"Kadang-kadang ada orang berdoa minta Proton, dapat Mercedes. Ada pula yang berdoa minta Mercedes dapat Proton. Ada juga yang berdoa minta Proton tetapi tak dapat-dapat. Kita berdoa bukan semata-mata mahu Allah kabulkan apa yang kita minta. Kita berdoa kerana Allah suruh berdoa. Sama ada Allah mahu beri atau tidak, ia adalah hak Allah. Siapalah kita mahu memaksa-maksa Allah agar memberi sesuatu itu mengikut apa yang kita mahu. Allah adalah Raja dan kita adalah hamba. Kita berdoa kerana berdoa adalah ibadah."

Sekiranya doa kita tidak dimakbulkan, jangan gusar. Allah yang Maha Bijaksana lebih mengetahui bila masa yang paling tepat untuk memakbulkan doa kita. Boleh jadi Allah tangguhkan kerana:
  • Kita belum bersedia.
  • Jika diberi akan mendatangkan mudarat kepada kita.
  • Dalam pada berdoa itu juga, kita pastikan senarai di bawah ini agar semuanya tip-top. Adakah semasa berdoa kita: Benar-benar ikhlas? Tidak tergesa-gesa? Fahami apa yang dipohon?
Ibnu 'Atailah' berkata dalam kitab Hikamnya:

"Apabila Allah melepaskan lidahmu untuk meminta, ketahuilah sesungguhnya Allah hendak memberimu." 

3 comments:

mama_saly said...

segalanya dgn doa....doa adalah senjata kita org islam..semoga kt dipermudahkn sgla urusan olehNya..

tq 4 sharing..

wantie said...

nice sharing

Cho Zila said...

tuler kan berdoalah tanpa rasa jemu.. Allah sentiasa mendengar kita yang lekakan...
kadang lepas solat tak sempat nak berdoa.. kelam kabut kepada perkara yang tak pastikan..