Saturday, January 25, 2014

Menjemput rezeki dengan membaca al-Quran

Bab 19 - info yang diambik bulat2 (tidak ada ubah walau sedikit faktanya) dari buku MUDAHNYA MENJEMPUT REZEKI tulisan dari Saudara Fathuri Salehuddin...info ini berada di muka surat 93-97 dengan niat ingin berkongsi ilmu sesama kita.

Aisyah r.a. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:

Seseorang yang ahli dalam al-Quran akan berada bersama para malaikat pencatat yang mulia dan jujur. Seseorang yang membaca al-Quran dengan tersekat-sekat dan bersusah payah untuk membacanya akan mendapat dua ganjaran.

(Riwayat Bukhari, Muslim, Abu Dawud, Tirmizi dan Ibnu Majah)

Mu'as al-Johari meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:

Sesiapa membaca al-Quran dan beramal dengan apa-apa yang terkangdung di dalamnya maka ke dua-dua ibu bapanya akan dipakaikan mahkota pada hari kiamat yang sinaran mahkota itu akan melebihi daripada cahaya matahari, sungguhpun matahari itu berada di dalam rumah-rumah kamu di dunia ini. Bayangkan bagaimana pula keadaan orang yang dirinya sendiri beramal dengan al-Quran?

(Riwayat Ahmad dan Abu Dawud)

Uqbah bin Amir meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:

Seseorang yang membaca al-Quran dengan bersuara adalah seumpama seorang yang memberi sedekah secara terang-terang dan seorang yang membaca al-Quran secara senyap adalah seumpama bersedekah secara sembunyi.

(Riwayat Tirmizi, Abu Dawud, Nasa'i dan Hakim)

Abu Zar meriwayatkan bahwa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:

Wahai Abu Zar, sesungguhnya pemergianmu pada waktu pagi dan mempelajari satu ayat daripada kitab Allah lebih baik bagimu daripada mengerjakan solat sunat seratus rakaat. Pemergianmu pada waktu pagi dan mempelajari satu bab daripada ilmu yang (berpeluang) diamalkan atau tidak (berpeluang) diamalkan adalah lebih baik daripada kamu mengerjakan seribu rakaat solat sunat.

(Riwayat Ibnu Majah dengan sanad hasan)

'Ata bin Abi Rabah berkata: "Telah sampai kepadaku bahawa Rasulullah SAW bersabda:

Sesiapa yang membaca surah Yasin pada permulaan hari maka segala hajatnya akan dipenuhkan.

(Riwayat Darimi)

Abdullah bin Mas'ud meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Sesiapa membaca surah al-Waqiah pada setiap malam, kebuluran tidak akan menimpanya untuk selama-lamanya." Abdullah bin Mas'ud selalu menyuruh anak-anak perempuannya membaca surah ini pada setiap malam.

(Riwayat Baihaqi)

3 comments:

Pen Biru said...

terima kasih atas perkongsian ini..sama2 kita beramal sbb kita smua masih belum cukup bekalan

Yumida Huda said...

alhamdulillah kak..perkongsian yg sgt bermanfaat

sYiRa LoKMaN said...

singgah and follow sini ^_^