Saturday, January 18, 2014

Menjemput rezeki dengan mendoakan orang lain

Bahagian 2: Bab 17 - info yang diambik bulat2 (tidak ada ubah walau sedikit faktanya) dari buku MUDAHNYA MENJEMPUT REZEKI tulisan dari Saudara Fathuri Salehuddin...info ini berada di muka surat 83-88 dengan niat ingin berkongsi ilmu sesama kita.

Daripada Abu Hurairah r.a., sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:
Bukanlah orang gagah itu, orang kuat bertinju. Akan tetapi orang yang gagah adalah orang yang dapat mengawal diri ketika marah. 
(Riwayat Bukhari dan Muslim)
Sila baca hadis di bawah:
Abul Laits meriwayatkan dengan sanadnya daripada Abdullah bin Amr bin al-'Ash r.a. berkata: "Seseorang datang kepada Baginda SAW dan berkata: "Ya Rasulullah, aku mempunyai keluarga yang aku hubungi tetapi mereka memutuskan hubungan denganku. Aku baik kepada mereka tetapi mereka zalim kepadaku dan aku tolong membantu mereka dan mereka berbuat jahat kepadaku, apakah boleh aku membalas perbuatan mereka dengan perbuatan yang sama? Jawab Baginda SAW: "Tidak, sebab jika kamu membalas mereka, maka kamu sama dengan mereka, tetapi hendaknya kamu tetap mengambil cara yang lebih baik dan tetap menghubungi mereka, maka selalu kamu akan mendapat bantuan dari Allah SWT selama engkau berbuat demikian."

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:

Sesungguhnya Allah menyukai sifat lemah-lembut dalam setiap perkara.

(Riwayat Bukhari dan Muslim)

2 comments:

Mohd Selim Zainal said...

Assalammualaikum...ann,

insaallah mselim3 cuba kawal marah.. memang benar bukan lah orang yang gagah atau kuat itu terletak pada tubuh badan seseorang itu, tp orang yg kuat sebenarnya adalah orang yg mampu menahan kemarahan disaat dia mampu marah,, tetapi dia bersabar. Marah itu api syaitan..

mselim3

ZazaMyMoon said...

setuju dengan komen Mohd Selim Zainal.. :)