Saturday, January 4, 2014

Menjemput rezeki dengan mengutamakan solat

Bahagian 2: Bab 12 - info yang diambik bulat2 (tidak ada ubah walau sedikit faktanya) dari buku MUDAHNYA MENJEMPUT REZEKI tulisan dari Saudara Fathuri Salehuddin...info ini berada di muka surat 58-63 dengan niat ingin berkongsi ilmu sesama kita.

Sesetengah ulama berkata bahawa sesiapa yang menjaga solatnya maka Allah akan mengurniakan lima keistimewaan:

  • Akan diangkat kesempitan hidup di dunia daripadanya.
  • Akan dihindarkan daripada azab kubur.
  • Akan mendapat buku catatan amalnya melalui tangan kanan.
  • Akan melintas Titian Sirat sepantas kilat.
  • Akan memasuki syurga tanpa hisab.
Manakala Allah juga berjanji untuk memberi balasan yang baik kepada orang yang bersolat.

Perintahkanlah keluargamu bersolat dan bersabarlah dalam mengerjakan solat. Kami tidak meminta rezeki daripada kamu. Sesungguhnya kami yang memberi rezeki kepada kamu. Dan balasan baik bagi orang-orang yang bertakwa.

(Thaha 20:132)

2 comments:

msredcheesecake said...

Kekadang kita ni rajin jaga solat kita tapi selalu lupa jaga solat ahli keluarga kita yg lain....

Zamani Abe said...

thanks sb berkongsi :))