Saturday, January 11, 2014

Menjemput rezeki dengan solat Dhuha

Bahagian 2: Bab 14 - info yang diambik bulat2 (tidak ada ubah walau sedikit faktanya) dari buku MUDAHNYA MENJEMPUT REZEKI tulisan dari Saudara Fathuri Salehuddin...info ini berada di muka surat 67-69 dengan niat ingin berkongsi ilmu sesama kita.

Daripada Sayidina Usman bin Affan bahawa sesiapa yang memelihara solatnya sungguh-sungguh pada waktu yang ditetapkan, maka Allah akan mengurniakan kepadanya sembilan perkara:

  • Allah akan mengasihinya
  • Dikurniakan kesihatan
  • Para malaikan sentiasa menjaganya
  • Rumahnya dikurniakan keberkatan
  • Pada wajahnya terzahir nur orang soleh
  • Hatinya lembut
  • Melintas Titian Sirat sepantas kilat
  • Terselamat daripada azab neraka
  • Berjiran di syurga dengan golongan "La haufun 'alaihim wa la hum yahzanun." iaitu golongan yang kehidupannya di dunia tidak diganggu oleh rasa takut dan sedih.
Sekarang mari teliti doa ini:

"Ya Allah, bahawasanya waktu dhuha itu waktu dhuha-Mu, kecantikan itu kecantikan-Mu, keindahan itu keindahan-Mu, kekuatan itu kekuatan-Mu, dan perlindungan itu, perlindungan-Mu."

Perhatikan lagi lanjutan doa tersebut:

"Ya Allah, jika rezekiku masih di atas langit, turunkanlah dan jika ada di dalam bumi, keluarkanlah, jika sukat mudahkanlah, jika haram sucikanlah, jika masih jauh dekatkanlah, berkat waktu dhuha, keagungan, keindahan, kekuatan dan kekuasaan-Mu, limpahkan kepada hamba-hamba-Mu yang soleh."

Allah berfirman, maksudnya:

Wahai anak Adam! Tidakkah engkau sanggup bersolat empat rakaat pada awal siang hari, nanti Aku (Allah) akan cukupkan pada akhir harimu itu. 

(Riwayat Abu Dawud) 

1 comment:

aniswany lazim said...

nice sharing sis :') sama-sama beramal