Sunday, January 5, 2014

Menjemput rezeki dengan solat tahajud

Bahagian 2: Bab 13 - info yang diambik bulat2 (tidak ada ubah walau sedikit faktanya) dari buku MUDAHNYA MENJEMPUT REZEKI tulisan dari Saudara Fathuri Salehuddin...info ini berada di muka surat 64-66 dengan niat ingin berkongsi ilmu sesama kita.

Dalam sahih Muslim terdapat riwayat daripada Abu Hurairah r.a., bahawa Rasulullah SAW bersabda:

Allah SWT turun ke langit dunia pada setiap malam ketika berlalu sepertiga malam pertama. Maka Dia berkata: "Aku adalah Sang Raja, Aku adalah Sang Raja, siapa sahaja yang memohon kepada-Ku maka Aku akan mengabulkannya, sesiapa sahaja yang meminta kepada-Ku maka Aku akan memberikannya, siapa sahaja yang memohon ampun kepada-Ku maka Aku akan mengampuninya. Dia tetap seperti hingga muncul cahaya fajar."

Kemudian kita perhatikan pula jaminan Allah di bawah:

Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu mengenai Aku maka (beritahulah kepada mereka) sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa hampir (kepada mereka): Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila dia berdoa kepada-Ku (dengan mematuhi perintah-Ku) dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku supaya mereka menjadi baik serta betul.

(Al-Baqarah 2:186)

5 comments:

Mia Kassim said...

Rezeki ada di mana2, yang penting kita berusaha + memohon dariNya :D

Siti Hajar said...

Banyak sangat kelebihan solat tahajud. Yang penting, dapat khusyuk sebab waktu malam dan hanya kita berbicara dengan Pencipta ^^

Zamani Abe said...

semoga dpt diamalkan :)

Azian Elias said...

Jazakallah ulkhair. ...tambah kan lagi dengan duha. ..Masyallah.

Miss Mirror a.k.a Sam said...

Terinspirasi...
Tq Ann.

Tambah dgn Dhuha, Baca Al-Waqiah dan selalu beristigfar... inshaAllah.